
Gambar Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak
KUCHING: Fenomena air pasang besar setinggi 6.1 meter diramal berlaku di Sarawak sekitar pukul 6 petang hari ini dan 7 petang esok.
Menurut infografik ramalan air pasang surut dalam laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, air pasang besar 6 meter akan melanda pantai negeri ini pada 6.11 petang hari ini, dan air pasang raja 6.1 meter pada 6.49 petang esok (Jumaat).
Kebiasaannya apabila hujan turun ketika kejadian pasang besar, banjir boleh berlaku dan menyebabkan kemusnahan harta benda.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN) berkata jumlah mangsa banjir setakat pukul 4.30 petang hari ini berjumlah 6,597 orang daripada 1,808 keluarga atau isi rumah di seluruh Sarawak.
JPBN telah mengaktifkan sebanyak 48 pusat pemindahan sementara banjir setakat ini.
|