CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20524|Reply: 1

[Tempatan] Pelanggan gerai asam pedas disamun lelaki berparang

[Copy link]
Post time 1-2-2025 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-1-2025 07:42 PM



Pelanggan gerai asam pedas disamun lelaki berparang31 Januari 2025 11:26pm



Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki disamun individu berparang dalam kejadian di sebuah gerai di Morib pada Jumaat.



KUALA LANGAT - Seorang pelanggan sebuah gerai menjual masakan asam pedas menempuh detik mencemaskan apabila disamun individu berparang dalam kejadian di Morib di sini pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 1.43 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 10 pagi itu berlaku ketika mangsa berumur 55 tahun itu berada bersama rakannya di gerai berkenaan.

Mangsa kemudian didatangi suspek dipercayai lelaki tempatan yang bersenjatakan parang sebelum bertindak mengangkat parang ke arah mangsa.

"Suspek kemudian mengugut mahu mencederakan mangsa dan meminta mangsa menyerahkan beg sandang miliknya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.


Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki disamun individu berparang dalam kejadian di sebuah gerai di Morib pada Jumaat.


Katanya, mangsa menyerahkan begnya kepada suspek sebelum suspek melarikan diri.

Siasatan mendapati suspek menggunakan kenderaan jenis Toyota Camry ketika melarikan diri selepas menyamun mangsa.

"Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM600 akibat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya, usaha memburu suspek terlibat sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

"Sebarang maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 16 saat memaparkan seorang pelanggan disamun individu berparang dalam kejadian di sebuah gerai di Morib, Banting di sini.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di gerai berkenaan sebelum didapati tular di media sosial.

Hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial itu memaparkan ketika kejadian mangsa dilihat sedang minum bersama seorang lagi rakannya sebelum mangsa kemudiannya disamun suspek.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2025 11:40 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.092550 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list