CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8856|Reply: 0

[Sabah] Penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di sekitar DBKK

[Copy link]
Post time 2-2-2025 06:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 1-2-2025 10:55 PM



NOTIS: Lokasi penutupan sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan membuat penutupan sementara di beberapa jalan dan tempat letak kereta di sekitar bandaraya pada esok.

DBKK dalam kenyataan medianya memaklumkan bahawa penutupan itu bagi memberi laluan kepada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan hari ini di pekarangan Bangunan DBKK.

Lokasi yang terlibat adalah tempat letak kereta di Jalan Tugu, Mahkamah Lama dan Tapak Perpustakaan Lama bermula jam 1 pagi hingga 1 petang.

Manakala, Jalan Bandaran bermula dari lampu isyarat KK Bypass hingga bulatan Horizon dan Jalan Tugu bermula dari bulatan Kampung Air hingga bulatan Horizon ditutup bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

DBKK menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota penguatkuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi tujuan keselamatan dan kelancaran trafik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.139731 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list