View: 15761|Reply: 0
|
[Tempatan]
Pembantu rumah curi telefon bimbit dan iPad milik majikan
[Copy link]
|
|
Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya.
Suspek dikatakan melarikan diri sebelum ditahan polis pada Selasa.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.
Beliau berkata, seorang wanita berusia 36 tahun menyedari pembantu rumahnya tiada di kediaman di Taman Cempaka, Ampang Jaya pada pukul 7 pagi, 28 Januari lalu.
"Mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah telefon bimbit dan sebuah iPad hilang disyaki dicuri oleh pembantu rumah tersebut.
"Tujuan pengadu membuat laporan untuk urusan pembatalan pasport, permit dan tindakan pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Mohd Azam, polis menahan wanita warga Indonesia di tepi Jalan Pandan Ilmu, Pandan Indah dan merampas barangan dicuri, pada petang Selasa.
"Kita telah merampas pasport milik suspek serta iPad dan telefon bimbit berkenaan," katanya.
Beliau menambah, motif kejadian adalah suspek mencuri barang milik majikan kemudian melarikan diri serta enggan bekerja.
"Pemeriksaan ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati negatif dadah.
"Suspek direman tiga hari bermula hari ini (Rabu) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|