CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6748|Reply: 44

[Jenayah] Tak Boleh Fokus Kalau Lapar, Nak Pensyarah Benarkan Makan Dalam Bilik Kuliah!

[Copy link]
Post time 7-2-2025 07:47 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @sitiraudzah) apabila seorang pensyarah dikenali sebagai Siti Raudzah berkongsi pandangannya tentang para pelajar yang makan dalam bilik kuliah sewaktu sesi syarahannya berlangsung.

Menurut Siti, beliau tiada masalah tentang perkara tersebut. Jelas beliau, kaedah sama juga dipraktikkan oleh penuntut yang belajar di Amerika Syarikat iaitu makan sambil belajar.

Bagaimanapun, Siti menegaskan bahawa kebenaran untuk makan dan minum di dewan kuliah adalah berdasarkan budi bicara pelajar bersama pensyarah masing-masing.

Sekiranya ada para pengajar yang lain tidak bersetuju, maka penuntut perlu hormati keputusan tersebut dan mendengar arahan.

“Jangan biadab. Kalau pensyarah tak suka kita makan dalam kelas dia, jangan buat. Kalau pensyarah tak suka kita pakai selipar pergi kelas, jangan buat.

“Sebabnya di universiti la kalian perlu belajar proses adaptasi. Ada pensyarah yang tegas, ada pensyarah mcm emak-emak, ada pensyarah jenis lantak kau la,” ujar Siti.

Ramai Setuju Rasa Lapar Akan Ganggu Fokus Belajar

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna X bersetuju dengan prinsip Siti yang membenarkan pelajar menjamah makanan sewaktu belajar dalam dewan kuliah.

Malah ada pelajar yang berkata dia hanya berniat untuk menjamah sedikit snek kerana mahu kekal fokus dalam kelas.

“Baru tadi kena, tak bagi makan. Padahal beli keropok keping je. Syarahan tiga jam. Nak tahan mengantuk tu. Kalau tak bagi mengunyah memang kelautlah (tidur) ceritanya,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu berpendapat tiada masalah untuk pelajar makan ketika dalam kuliah selagi mana ia tidak menganggu sesi tersebut.

“Kalau saya, minum boleh, makanan berat tak boleh. Snek ke roti tak kisah sangat, asalkan tidak ganggu proses pengajaran,” kata seorang lelaki.

Seterusnya, ada juga yang berpendapat otak pelajar tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya belajar dengan perut yang kosong.

Makanan Yang Tingkatkan Kecerdasan Otak

Perlu diingatkan, bukan semua jenis makanan mampu meningkatkan kecerdasan otak dan minda pelajar.

Sebagai contoh, satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada 2011 menunjukkan bahawa orang sihat yang makan makanan ringan selama lima hari mempunyai masalah ingatan.

Hal ini berkemungkinan terjadi kerana pengambilan makanan yang bertoksik secara berterusan.

Makanan segera. Sumber: Pexels

Oleh itu adalah penting untuk anda memilih makanan atau snek terbaik untuk diambil ketika sedang belajar. Antara makanan yang boleh meningkatkan kecerdasan minda dan daya fokus adalah seperti:

    Avokado
    Beri biru
    Sayur-sayuran berdaun hijau
    Ikan seperti salmon, tuna dan sardin
    Telur
    Kekacang seperti walnut
    Coklat gelap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2025 07:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2025 07:48 AM | Show all posts
















Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:27 AM | Show all posts
sampah jangan buang merata-rata, yang penting kalau gemok, kos perubatan di Malaysia murah sebab subsidi RM1 je
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:43 AM | Show all posts
Setakat mkn finger food boleh la kot...

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 11:30 AM | Show all posts
roti & kuih shud be ok.. kau jangan makan nasi lemak lauk sotong petai sambal pulak . satu dewan berbau nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2025 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
minum+makan coklat/candy pun dah cukup utk hilangkan ngantuk.
bedooh sgt nak mkn mcm2 pun, bau semerbak dewan tu berekon kot jenuh org thn nafas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk kelas kejap pun lapar. Patut ler negara obese
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngadanyaa student skng. Ko makanlah berat siap2 sebelum kelas. Dalam kelas hanya minum dan kemam gula2 atau coklat jela. Takda aktiviti mengunyah. Sangat mengganggu dan biadab. KO nak makan lagi nak dengar kuliah lagi. Mana fokus camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by azimodin at 7-2-2025 12:02 PM

Dapat minum air pon dah cukup syukur. Dulu aku masuk kelas satu lecturer islamic aneh. Masuk kelas dia x boleh menguap, xboleh pergi tandas, x boleh minum air, x boleh tengok jam. Siapa buat benda2 ni kena halau terus. Pastu dia siap cakap mana2 students yg free hair di lyar kelas, jangan muncul depan dia sebab dia tak suka (buat muka macam jijik). Member aku sampai menyorok bila berselisih dengan lecturer tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 04:13 PM | Show all posts
mintak makan dlm lecture hall sbb lapar. macam bebal sgt takleh atur masa makan sebelum lecture.

makan parah la companies nak hire bdk2 byk cekadak macam nie. lemah serba serbi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 05:36 PM | Show all posts
ninjago replied at 7-2-2025 04:13 PM
mintak makan dlm lecture hall sbb lapar. macam bebal sgt takleh atur masa makan sebelum lecture.

m ...

tau takpe
katalah kelas kul 8
ko bangun awal lah
utk ambik light2 breakfast
sandwich or roti
susah sgt ke
setakat air masak
bawak dalam tumbler or botol
idaklah lecturer nak marah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 05:46 PM | Show all posts
euww maybe lecturer to hadap nak viral . poyo much ,
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 05:48 PM | Show all posts
Masa study dulu, ada sorang lecturer ni, before start class dia akan cakap kalau sapa2 nak ke cafe dulu beli kuih atau minuman, silakan. Pastu dtg balik makan dalam kelas sambil belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 06:26 PM | Show all posts
Jangan pula ada pelajar yang bawa sambal belacan dan petai + patin masak tempoyak
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Time POSA bole plak xmkn smpai 12jam
Lempang je seekor2 ni..nk mkn pi tmpt mknla.nk berak pi tempat berak..nk belajar..pi buat cara belajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Time POSA bole plak xmkn smpai 13jam
Lempang je seekor2 ni..nk mkn pi tmpt mknla.nk berak pi tempat berak..nk belajar..pi buat cara belajar
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nyum nyum nyum
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan2 ni buat menyepah ja semut dtg sampah buang merata2 tikus lipas datang
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:41 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 7-2-2025 07:08 PM
Time POSA bole plak xmkn smpai 13jam
Lempang je seekor2 ni..nk mkn pi tmpt mknla.nk berak pi tempat  ...

diorang berposa sebab takut masuk nuraka sis, nak pahala, bukan nak mempelajari apakah sebab ummah kena berpuasa,
tp kalau ada sakit tu lain cerita la, pandai2 la korang arrange time makan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.061229 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list