View: 19348|Reply: 0
|
[Dunia]
Dua hari hilang- mayat 2 pelajar perempuan pakai baju sekolah tergantung atas pokok dalam hutan
[Copy link]
|
|
Mayat dua pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah ditemukan tergantung pada pokok di dalam hutan, pada Sabtu.
Menurut laporan media tempatan, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang selama dua hari sebelum mayat mereka ditemukan, kata polis.
Ahli keluarga mangsa sebelum itu tampil membuat aduan, menyatakan bahawa kedua-duanya tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan pada Khamis.
Misi pencarian yang digerakkan oleh penduduk kampung sejak kehilangan mangsa akhirnya berjaya menemukan mayat kedua-duanya tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan.
Kejadian dilaporkan berlaku di Malkangiri, Odisha, India.
Pihak polis yang dimakumkan mengenai penemuan mayat berkenaan bergegas di lokasi.
Siasatan lanjut mengenai kes berkenaan sedang dijalankan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|