CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15431|Reply: 41

Kehadiran Syed Saddiq dan Bella, Muar macam tengah sambut menantu

[Copy link]
Post time 10-2-2025 09:38 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Orang ramai menyifatkan kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah di Parlimen Muar bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk sebagai majlis menyambut menantu.


Menerusi video tular dikongsikan orang ramai di media sosial, Syed Saddiq dan Bella yang merupakan duta satu jenama pakaian telah mengadakan misi bantuan anjuran syarikat itu bersama Parlimen Muar, hari ini.


Kedua-dua mereka memakai pakaian sedondon warna ungu jenama syarikat berkenaan yang mana Syed Saddiq mengenakan baju Melayu lengkap bersamping songket dan bersongkok, manakala Bella memakai baju kurung moden.


Malah sewaktu menjamu selera di sebuah lokasi, kelihatan sekumpulan wanita yang juga penduduk kampung memakai baju kurung berwarna ungu, sekali gus menjadikan kehadiran Syed Saddiq dan Bella seperti majlis menyambut menantu.


Penduduk juga tidak melepaskan peluang bersalam dan bergambar bersama Syed Saddiq dan Bella sepanjang program berkenaan.


Menerusi komen di media sosial, ramai yang turut ‘merestui’ selain mendoakan semoga dipanjangkan jodoh kedua-dua mereka.


“Muar macam tengah menyambut menantu,” komen seorang pengguna TikTok.


“YB Syed Saddiq dah macam bawa isteri nak kenalkan dengan penyokong kawasan dia,” kata seorang individu.


“Syed Saddiq memang ‘gentleman’, asal naik kereta mesti Syed Saddiq buka pintu, bukakan botol air, sendukkan makanan,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.


“Yang menyedia makanan pun, memang buat makanan beradab ya,” seloroh seorang individu.





Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 09:42 AM | Show all posts
gambar ketiak in 3...2....1.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 09:52 AM | Show all posts
Alip ajis + mak terpaling Spore + kemut merenung dari kejauhan.. ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:32 AM | Show all posts
KamikuP replied at 10-2-2025 09:52 AM
Alip ajis + mak terpaling Spore + kemut merenung dari kejauhan.. ekekeke

kemut tgh pikir nk up apa plak.. nama semakin sendu, umor semakin tua
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Too much laaa syarikat yang hire dorg ni.
Menyampah plak ai
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:46 AM | Show all posts
terus penangan berdua ni... iols x le ikut sgt cumanya SS dah xde keje sampai gosip ni menyinggah ke dia.. yg bella melayan je la... bape beza umo depa ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2025 11:52 AM | Show all posts
bila nak kawin ni sadik n bella??
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Founder baju pun kemain marketing
Tetap xsesuai
Keluarga Bella dan melompat2 rasanya nak bermenantukan YB
Aku tak rasa mak bapak SS nak menantu retis
Educated kot family
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dah takda berita penting ke kt malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 01:21 PM | Show all posts
SS ni kehulu kehilir dgn retis dia sebenarnya job scope dia mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
SWORKS27 replied at 10-2-2025 11:52 AM
bila nak kawin ni sadik n bella??

Beza umo 2-3 tahun rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kampeni baju mana? Bulan bintang ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 01:22 PM | Show all posts
SS ni tak masuk parlimen ke last week?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 03:13 PM | Show all posts
naina replied at 10-2-2025 04:53 AM
Founder baju pun kemain marketing
Tetap xsesuai
Keluarga Bella dan melompat2 rasanya nak bermenantu ...

mana la tau jodoh mereka..nampak cocok je dua2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 03:50 PM | Show all posts
gatal epek... kawin je lah... takkan stok main je macam abang dia mat kangkang nasi impit retis..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 04:21 PM | Show all posts
hati aku hitam aku rasa....

aku rasa mcm dua ni over..huhuhu...

rasa mcm BA mcm gediks gitu,,,ke guana....sorry fans BA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa both menunggang popularity je.. tak nampak vibes bercinta pun??
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 04:58 PM | Show all posts
warga tiktok tak tau kah sadiq songlap duit parti masuk personal ASB?
integrity pun tadak
dah menang atas parti lain dia tikam balik org tu
dah la kuat belakon kaki patah la panjat pagar la
ni anak muda sokong?
hahhhaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 05:07 PM | Show all posts
cerita syed dgn bella dah banyak jg kebelakangan ni. klu cuma sekali dua tu tak ada apalah. mungkin cuma urusan kerja, marketing, cari publisti etc... ni klu dah lama jg buat berita bersama, maybe ada tanda2 ke arah hubungan serius...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 05:27 PM | Show all posts
Bella dah tergedik2 sgt dgn sed saddiq, Ko tak menikah dgn dia siap lah sed saddiq oiii merroyyan satu family nanti. Tak habis2 duk meleserrr kat jantan tu. Aku pelik le dia rasa sup dlm mangkuk lps tu dia bagi kat sed saddiq pulak makan sup tu. Agaknya sed saddiq pun serba salah lainlah girlfriend dia. Bella ni acah2 depan org ramaii mcm sed saddiq tu bf dia. Aku taknpnh nmpk family sed saddiq dgn bella, mesti mak dia nak pompuan yg berjenis skit bukan retis dgn cerita low class lol kohkohkohh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.187148 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list