CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36481|Reply: 1

[Dunia] 100 hari pertama: Prabowo lebih popular berbanding Jokowi

[Copy link]
Post time 10-2-2025 02:45 PM | Show all posts |Read mode



JAKARTA: Tinjauan terkini dijalankan oleh Litbang Kompas menunjukkan bahawa hampir 81 peratus rakyat Indonesia berpuas hati dengan kepimpinan Presiden Prabowo Subianto selepas 100 hari memegang jawatan.

Ini adalah pencapaian luar biasa, malah lebih tinggi daripada rekod yang dicatatkan oleh mantan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), dalam tempoh yang sama.

Tinjauan Litbang Kompas yang dijalankan antara 4 hingga Januari 2025 itu mendapati bahawa 80.9 peratus responden menyatakan rasa puas hati terhadap pentadbiran Prabowo, dengan 94.1 peratus menganggapnya mempunyai imej positif sebagai presiden.

Lebih menarik, angka itu bukan sahaja mengatasi 65.1 peratus puas hati yang pernah diterima oleh Jokowi dalam tempoh 100 hari pertama pada 2014, malah ia turut mencerminkan sokongan kuat terhadap dasar populis yang diperkenalkan oleh Prabowo.

Probowo memegang jawatan itu pada Oktober 2024 selepas memenangi pilihan raya Presiden dengan majoriti besar, bersama pasangannya Gibran Rakabuming Raka, iaitu anak mantan presiden Jokowi.

Peratusan itu sekali gus itu memaparkan sokongan tinggi yang diterimanya selepas berjaya melaksanakan beberapa janji ketika berkempen.

Menurut Timbalan Setiausaha Akhbar dan Media di Sekretariat Presiden, Yusuf Permana, keputusan itu membuktikan bahawa rakyat menyokong langkah yang telah diambil oleh pemerintah untuk melaksanakan agenda nasional.

"Hasil tinjauan ini mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap langkah pemerintah dalam melaksanakan agenda utama negara," kata Yusuf dalam satu kenyataan rasmi.

Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada populariti tinggi Prabowo ialah program makanan berkhasiat percuma yang dilancarkan pada 6 Januari 2025.

Program itu bertujuan menyediakan makanan percuma kepada kanak-kanak sekolah dan wanita hamil, dengan sasaran mencapai 83 juta penerima menjelang akhir 2025.

Program itu menjadi simbol utama pentadbiran Prabowo dalam usaha menangani kekurangan khasiat kanak-kanak dan pada masa yang sama merangsang ekonomi tempatan.

Walaupun program itu mendapat sokongan besar, pelaksanaannya masih menghadapi banyak cabaran.

Setakat ini, program tersebut baru mencapai 650,000 pelajar, jauh daripada sasaran tiga juta pelajar menjelang April.

Selain program makanan percuma, strategi fiskal pentadbiran Prabowo turut menjadi tumpuan, salah satu adalah keputusan untuk mengehadkan kenaikan cukai nilai tambah (VAT) kepada barangan dan perkhidmatan mewah sahaja.

Ini membantu mengurangkan beban rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi dalam jangka pendek.

Meskipun Prabowo sering menyatakan komitmen untuk meneruskan legasi Jokowi, gaya kepimpinannya jelas berbeza.

Tidak seperti Jokowi yang terkenal dengan pendekatan 'blusukan' (turun padang tanpa protokol rasmi), Prabowo lebih menampilkan imej ketegasan dan karisma kepimpinan yang kuat.

Namun, seperti kata seorang responden dalam tinjauan Litbang Kompas: "Kami menyokong Prabowo kerana beliau membawa harapan baru, tetapi kami juga mahu melihat hasil yang nyata." - AGENSI


Sumber – Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 11:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.352499 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list