CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30082|Reply: 1

[Tempatan] 1MDB: 'Najib nampak teruja selepas berjumpa Raja Arab Saudi'

[Copy link]
Post time 10-2-2025 08:49 PM | Show all posts |Read mode



Putrajaya: Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Datuk Seri Najib Razak dan Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud dalam satu pertemuan pada Januari 2010.

Profesor Datuk Syed Omar Al-Saggaf, 81, yang menyertai perjumpaan berkenaan berkata beliau berada jauh di belakang mereka dan tidak mendengar perkara dibincangkan oleh bekas perdana menteri dan Raja Abdullah.

Saksi pembelaan kelima itu berkata demikian ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar pada perbicaraan kes Najib berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ketika Raja Abdullah dan Najib berjalan keluar dari dewan, saya nampak mereka bersalaman dan Najib begitu teruja.

"Najib yang nampak teruja ketika datang ke arah saya, kemudian beritahu bahawa kita telah berjaya. Kita dapat bantuan dana, tetapi dalam bentuk apa bantuan itu, saya tidak tahu.

"Mesyuarat ini bukan mudah untuk diaturkan dan memakan masa begitu lama untuk tetapkan tarikhnya. Saya selaku Duta Besar mengetuai Kedutaan Malaysia untuk merealisasikan pertemuan ini.

"Hasilnya, seingat saya, pada 11 Januari 2010 satu mesyuarat secara tidak rasmi (tertutup) telah diadakan. Lawatan rasmi perdana menteri bermula hanya pada 13 hingga 16 Januari 2010," kata saksi itu.

Pada 30 Oktober tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib menghadapi 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima RM2.3 bilion dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung Rabu ini.

Sumber –  Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 10:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.434898 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list