View: 30976|Reply: 5
|
[Tempatan]
Raih Lebih 10 Juta ‘Views’, Netizen Berbalah Berkaitan Penampakan Mahluk Misteri Di Laut.Apakahhhh?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 10-2-2025 10:21 PM
sebuah rakaman video sekitar 8 saat telah mencuri perhatian pengguna di TikTok apabila didakwa penampakan mahluk misteri yang berenang di dasar l
Menerusi video berkenaan, boleh dilihat seperti satu sosok gergasi berwarna hitam dengan badan yang panjang sedang merentasi di sebalik pulau yang nun jauh dari persisiran pantai pada ketika itu.
Masih belum diketahui dimanakah kejadian ini dirakam namun berdasarkan pemerhatian di akaun pemiliknya, merupakan seorang warga Indonesia.
Video yang berjaya meraih lebih 10 juta jumlah tontonan itu langsung membuatkan netizen berkelahi dalam menentukan apakah ia benar-benar mahluk misteri yang kebetulan terakam di dalam video itu atau hanya ombak yang menyerupai seperti mahluk mistik.
Sebahagian netizen sedia mengaitkan penampakan berkenaan sebagai mahluk mistik kerana tampak jelas sosok badan berwarna hitam yang besar sedang merentasi pada dasar laut.
Malah, ramai berpendapat ini adalah ikan tapah yang mana berkait dengan kisah lagenda yang berkait dengan keturunan Pak Kaduk.
Dipercayai dia telah bersumpah untuk tidak akan menyakiti ikan tapah yang memberikan emas yang banyak selepas insiden dianaiya oleh pembesar negara pada suatu ketika dahulu.
Kenyataan ini dikuatkan lagi apabila ikan tapah yang mempunyai fizikal yang besar dan panjang seumpama ular atau figura urban legend seperti naga atau loch ness.
Bagimanapun, sebahagian netizen lain menempelak idea yang mengaitkan ikan tapah apabila ikan tersebut hanya hidup air tawar sementara di dalam video itu dirakam di kawasan air masin.
Malah, ada juga yang percaya ia hanyalah ilusi kelihatan seperti mahluk mistik walhal ia hanyalah pergerakan ombak yang sedang beralun ditambah pula dengan keadaan pantulan awan yang gelap pada ketika itu.
Menurut anda pula, adakah ia benar-benar mahluk misteri yang dikaitkan dengan dunia mistik seperti yang diperkatakan oleh sesetengah orang atau hanya sekadar rupa ombak yang beralun?
[] |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun agak burung
Sbb selalu nmpak burung terbang berkumpulan
Jd dr jauh nmpak mcm 1 benda |
|
|
|
|
|
|
|
kaki Netflix nihhh
nampak benor nipunye
|
|
|
|
|
|
|
| |
|