CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7004|Reply: 0

[Johor] Gagal duduki SPM kerana anggap tidak penting

[Copy link]
Post time 12-2-2025 08:03 AM | Show all posts |Read mode

AZNAN beramah mesra pelajar yang menerima bantuan Program Bantuan Kasih Murid Johor di AEON Mall Tebrau, hari ini. FOTO Mary Victoria Dass.

Johor Bahru: Kira-kira 900 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini, gagal menduduki peperiksaan utama itu yang berakhir minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, antara punca yang menyumbang kepada statistik itu adalah kumpulan pelajar berkenaan beranggapan kelayakan SPM tidak penting.

Beliau berkata, ia berikutan mereka beranggapan masih boleh mendapat pekerjaan di Singapura.

Menurutnya, tambahan pula tawaran gaji yang besar di negara ini susulan kadar mata wang tinggi menarik perhatian mereka.

Katanya, situasi berkenaan menimbulkan kebimbangan kerajaan negeri masalah keciciran dalam pelajaran akan terus berlarutan.

"Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak mereka menamatkan persekolahan dengan menduduki SPM.

"Dianggarkan 900 pelajar yang tidak menduduki peperiksaan SPM tahun ini, walaupun jumlah itu menurun berbanding tahun lalu, ia masih membimbangkan.

"Cuma cabaran kita ini, Singapura tidak memerlukan kelayakan SPM untuk ambil pelajar-pelajar kita bekerja.

"Justeru, pihak sekolah perlu sentiasa mengadakan sesi libat urus kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar supaya mereka diberi penekanan bahawa SPM itu penting yang menjadi penentu masa depan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas Program Bantuan Kasih Murid Johor di AEON Mall Tebrau, di sini hari ini.

Bulan lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, sekitar 10,000 pelajar tidak hadir untuk peperiksaan SPM.

Aznan berkata, penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dilihat mampu menjadi penyelamat untuk memastikan pelajar-pelajar yang keciciran ini menyambung pelajaran dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

"Sebab itu JTDC adalah platform untuk membantu anak-anak ini. Walaupun tidak habis belajar, kita boleh hantar untuk menceburi bidang TVET dan kita ambil mereka bekerja dalam Johor.

"Oleh itu, tidak menduduki SPM bukan berakhirnya masa depan mereka, kita akan bantu masukkan mereka ke program-program TVET supaya mereka ini ada peluang dan ruang untuk terus ke hadapan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 1.115843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list