CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10006|Reply: 0

[Johor] Polis kesan Nur Alya Atiqah hilang sejak 3 Februari

[Copy link]
Post time 12-2-2025 03:53 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Seorang penuntut Politeknik Metro, Nur Alya Atiqah Muhamad Fitri, 18, dilapor hilang sejak 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja berkenaan.

Menurutnya, Nur Alya Atiqah dilapor hilang pada tengah hari dan alamat terakhirnya di Politeknik Metro di Jalan Suria 19, Taman Putera di sini.

Katanya, anggaran berat remaja berkenaan adalah 45 kilogram, ketinggiannya 150 sentimeter dan berambut hitam ikal paras bahu serta warna kulitnya kuning langsat.

"Remaja berkenaan dilaporkan keluar dari lokasi berkenaan pada jam 11.30 pagi pada 3 Februari lalu manakala laporan polis dilakukan pada hari sama.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan lokasi remaja terbabit boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

"Kerjasama masyarakat amat diperlukan dalam membantu penyiasatan polis," katanya menerusi siaran media hari ini.

Sementara itu, maklumat kehilangan remaja perempuan itu tular di media sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.724773 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list