View: 30240|Reply: 0
|
[Tempatan]
Malaysia kekal dengan dasar sifar plastik sekali guna - Nik Nazmi
[Copy link]
|
|
SUBANG JAYA: Malaysia kekal dengan dasar ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna khususnya membabitkan penyedut minuman, walaupun pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mengambil pendekatan berbeza dalam aspek itu.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pihaknya melihat tiada keperluan bagi penggunaan penyedut minuman plastik dalam kalangan pengguna, kerana wujudnya alternatif lain.
"Itu pilihan negara masing-masing tetapi bagi Malaysia, dasar kita adalah ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna...macam penyedut minuman plastik itu sudah boleh menghala ke arah sifar penggunaan.
"Tak perlu pun (penyedut minuman plastik) tetapi ia sudah jadi kebiasaan, sedangkan kalau hendak pakai penyedut minuman, ada alternatif lain," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu, Nik Nazmi merasmikan Majlis 'The Forgotten Stripes: Tapir Launch & Exhibition, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Presiden AS, Donald Trump, yang 'mengisytiharkan perang' terhadap penyedut minuman kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan Trump menandatangani perintah yang mengarahkan jabatan serta agensi kerajaan AS untuk tidak lagi memperoleh atau menggunakan penyedut minuman kertas pada masa hadapan.
Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, walaupun negara ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna, namun pihaknya maklum terdapat beberapa sektor antaranya perubatan yang masih perlu menggunakan bahan terbabit.
Atas dasar itu, katanya penggunaan plastik secara lestari perlu ditekankan selain meningkatkan pendekatan kitar semula.
"Contohnya perubatan memang susah kita hendak elakkan penggunaan plastik, antaranya dalam aspek pakaian perlindungan diri (PPE) dan picagari.
"Berbalik pada soal ada plastik yang kita terpaksa guna dan ada yang tiada pilihan, justeru kita mempunyai senarai plastik 'boleh dielakkan' yang akan dijadikan panduan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
"Melalui RMK-13, kita melihat untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan bagi mewujudkan satu perundangan nasional berkaitan plastik dan sisa plastik bagi menyamakan pelaksanaan tindakan di seluruh negara dalam aspek itu," katanya.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) akan membuka sebuah lagi Pusat Konservasi Tapir kedua negara di Kenaboi, Negeri Sembilan, pada 2027 bagi memelihara populasi haiwan itu di negara ini.
Beliau berkata, sehingga kini negara mempunyai kira-kira 1,300 hingga 1,400 populasi tapir yang berdepan masalah kehilangan habitat dan kadar pembiakan rendah selain berdepan ancaman daripada manusia.
"Antara ancaman kelangsungan kehidupan tapir adalah selalu menjadi mangsa perlanggaran...ancaman tapir adalah manusia kerana harimaupun tak makan tapir.
"Malah bilangan kematian tapir yang mati akibat dilanggar ialah 112 sejak 2020 hingga Mac tahun lalu yang menyumbang kepada ancaman besar," katanya.
Sebelum ini, Pusat Konservasi Tapir pertama di negara ini dibangunkan di Sungai Dusun, Selangor.
Sumber : Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|