View: 19160|Reply: 40
|
[Tempatan]
Dapat Berkepuk-Kepuk Wang Tunai, Pekerja Terima Gaji RM12,000 Sebulan!
[Copy link]
|
|
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2025/02/Bos-bagi-pekerja-gaji-RM12k-sebulan.jpg)
Itulah yang dilakukan oleh seorang majikan apabila memberikan gaji bernilai RM12,000 sebulan kepada pekerjanya.
Menerusi video di TikTok @pemborongemasbangkok, dapat dilihat seorang wanita yang merupakan majikan mengumumkan nama pekerjanya yang berada di tangga pertama yang berjaya mendapat gaji sebanyak RM12,126.40.
Melalui perkongsian tersebut, majikan berkenaan mengumumkan pekerja bernama Salma berjaya memperolehi ganjaran gaji sedemikian.
Pekerja Rajin Buat Live & Video Jual Barang
Malah, kedengaran majikan berkenaan memuji Salma yang berjaya mencapai target serta rajin ketika bekerja.
“Untuk Salma, tahniah! Komitmen, full attendance (kehadiran penuh), rajin live lagi, rajin buat video, rajin cari barang. Jadi tahniah, inilah orang panggil usaha tidak mengkhianati hasil,” jelasnya.
Dapat dilihat, majikannya itu menyampaikan gaji dalam bentuk wang tunai kepada Salma di hadapan pekerja yang lain.
Salma juga dilihat menangis terharu dengan ganjaran yang diberikan oleh bosnya itu.
Video yang telah mendapat lebih 396,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat situasi tersebut.
Ada yang meluahkan rasa gembira dan teruja apabila melihat pekerja itu menerima gaji lebih RM12,000.
Namun, ada juga yang berpendapat itu hanyalah sekadar konten dan bukanlah gaji sebenar pekerja berkenaan. Tidak kurang juga ada yang mempersoal motif majikan tersebut memberikan gaji secara tunai.
Bukan Sekadar Konten, Memang Bos Bagi Pekerja Gaji RM12,000
Menerusi video terbaharu yang dikongsikan di TikTok berkenaan, majikan yang dikenali sebagai Nadzirah itu tampil memberi penjelasan mengenai hantaran yang tular.
Jelasnya yang merupakan peniaga barang kemas bangkok itu, dia menerima segala pandangan sama ada baik atau buruk dari warganet.
Malah, bagi menjawab persoalan orang ramai yang itu hanyalah sekadar konten semata-mata, Nadzirah telah menemu bual Salma dan pekerja lain yang turut mendapat ganjaran lebih kurang sama.
Jelas Salma, video tular itu bukanlah sekadar konten sebaliknya itu sememangnya gaji yang diperolehi olehnya pada bulan Januari lalu.
Kongsi pekerja itu lagi, bosnya itu tidak pernah meminta wang berkenaan untuk dikembalikan semula.
“Untuk RM12,000 itu memang betul gaji saya. Bulan (Januari) lalu saya betul-betul push up untuk buat video, cari barang, add produk. Dari situ alhamdulillah saya dapat RM12,000.
“Apa yang bos bagi kami memang dia tak pernah minta balik, apa lagi itu gaji kami. Kami punya usaha, memang untuk kami,” kongsi Salma lagi.
Pekerja Lain Turut Mengakui Bos Memang Bagi Gaji Banyak
Tidak hanya itu, pekerja yang berada di tangga kedua, ketiga dan keempat juga turut mengakui bos mereka sememangnya memberi gaji yang banyak sebagai menghargai penat lelah selama ini dan tidak pernah sekalipun meminta kembali gaji yang telah diberi.
“Kami terima (gaji) bulat-bulat. Satu sen tidak diminta. Ada yang cakap kami buat konten.
“Duit yang kami terima dari bos kami adalah hasil kerja keras kami bekerja dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam,” jelas pekerja itu.
Sasar Nak Beri Gaji Pekerja RM20,000 Seorang
Di akhir video berkenaan, Nadzirah menjelaskan sasarannya pada bulan ini dan seterusnya mahu menggajikan pekerjanya dengan gaji sebanyak RM20,000 sebulan.
“Insya-Allah next target saya untuk bulan (Februari) ini dan seterusnya ialah menggaji diorang RM20,000 satu bulan untuk seorang,” kongsinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bole pnggil gaji ke? Rasa more to insentif jualan sbb dia jual lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Tak buat content konon, abis tu dah kenapa post kat socmed. Majikan manalah yg bayar cash segedebuk gitu, post kat socmed kau tak bayar cukai, epf socso ke saja nak mengundang kan. Pastu bila lhdn serbu nangis2 kata tu konten saja bukan betul huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja sales = komisyen based
Lg byk sales lg byk la 'gaji'
|
|
|
|
|
|
|
|
betul epf socso bayar tak
kang balik kena rompak cash tu.. kalo cedera bulih claim ke..
dengan boss dengan staf sekali LHDN kejor![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 13-2-2025 08:17 AM
betul epf socso bayar tak
kang balik kena rompak cash tu.. kalo cedera bulih claim ke..
dengan boss ...
kalau dah gedebuk laguni dgn katanya terima bulat2 byk tu besar kemungkinan takdop kwsp. socso lagi la.
lagi plak kerja mcm lebih pada komisen, takde basic. byk buat sale byk la dpt. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul setiap bulan bos dia bg cash mcm tu,takut nt ada yg memerhati,
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul tiap bulan diorg dpt cash mcm tu,mmg ada la yg memerhati.
ramai kot target tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Jiran iols anaknya dinasihatkan berhenti sebab live tak ramai orang..jualan tak bagus
Dia keje company tudung ke pe ntah |
|
|
|
|
|
|
|
Pd iolss kalo keje x sampai setahun n makan komisen tu bukan gaji tetap..bulan ni sale meroket bulan depan sale sendu jgn meroyan pulak...pd iolss gaji kecik ke beso ke yg paling penting Ade potong kwsp n socso... Kwsp tu ambik potong paling tinggi... |
|
|
|
|
|
|
|
12k/m dalam rm55k gross salary. Mokcik kayo...
|
|
|
|
|
|
|
|
kayo kayo..
pinjam seratus ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
buat beli karipap ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
LHDN sila kan
teringat abah saya dulu
dapat gaji ginilah kat pejabat felda
all cash
bahaya pun ia
penjahat boleh aim sis ni
|
|
|
|
|
|
|
|
iols kekdg tak paham majikan mcm ni. ko nak sales ko naik ko la yg usahakan camne nak naik sales tu. ni harapkan pekerja je. kalau pekerja tu gaji berkepuk-kepuk takpe jugak. kalau nak live ramai orang ko sebagai majikan la kena hire orang yg betul2 boleh buat live, atau plan buat lucky draw masa sales ke buat contest ke. Jualan tak bagus tu salah majikan bukan salah pekerja
|
|
|
|
|
|
|
|
ni LEMBAGA tak kejar ke ni..?
LEMBAGA ni bukan boleh tgk gaji bnyk2 ni...dia suka.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|