View: 12886|Reply: 4
|
[Dunia]
Trump diminta jual negeri California, harga lebih RM4 trilion
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-2-2025 12:00 AM
Trump diminta jual negeri California, harga lebih RM4 trilion
- Oleh KOSMO!
- 13 Februari 2025, 1:02
GAMBAR fail taman tema Disneyland di Anaheim, California. - Foto AFP
COPENHAGEN – Aktivis-aktivis Denmark melancarkan petisyen untuk membeli negeri California pada harga AS$1 trillion (RM4.47 trilion), lapor laman berita metro.co.uk semalam.
Ia dilancarkan susulan rancangan Presiden Donald Trump yang mahu Denmark menyerahkan wilayah miliknya, Greenland kepada Amerika Syarikat (AS).
Kempen itu bertujuan mengumpul dana untuk membeli negeri AS itu dan menjadikannya sebahagian daripada jajahan Denmark.
Setelah membelinya, Copenhagen dilaporkan akan mengembangkan budaya Denmark di California dan menamakan semula taman tema Disneyland di negeri itu kepada ‘Hans Christen Andersonland’.
Setakat ini, kempen satira itu memperoleh lebih 200,000 tandatangan. Slogan kempen tersebut ialah ‘Jadikan California hebat semula’. “Jom beli California daripada Donald Trump,” kata laman web kempen itu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2025/02/13/trump-diminta-jual-negeri-california-harga-lebih-rm4-trilion/
|
|
|
|
|
|
|
|
CALIFORNIA, DENMARK
Memang California nak merdeka pun kan. |
|
|
|
|
|
|
|
California tu lebih kaya dari UK, Denmark nak beli macam mana?
amik la contoh beli Alaska ka, tu pun kalau mampu lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni setiap kali election kat amerika tak habis2 dorg duk mentioned denmark tak berhenti2, inilah peluang ummah Cali nak jadi part of denmark, enjoy all d benefits being part of denmark, edu free, kesihatan free, paid holidays, paid maternity leaves up to a year, jadi jobless pun ada gaji up to two years, dpt holiday money, byk lah jugak klu nak ikut dr amerika tu lol huh. Klu nak best lagi jadi part of norway, lagi best kjaan norway bagi kat ummah dia, menangisss org lain dgr
|
|
|
|
|
|
|
|
La, beli buat aper, tuka suka sama suke le...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|