View: 12578|Reply: 22
|
[Tempatan]
Punca kerja dan masalah keluarga- lebih 8,000 calon SPM tak hadir semua kertas bertulis
[Copy link]
|
|
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan tidak hadir bagi kesemua kertas bertulis sehingga 6 Februari 2025, kata Fadhlina Sidek.
Menteri Pendidikan itu berkata, pihaknya memandang serius isu ketidakhadiran dalam kalangan calon SPM.
"Berdasarkan data kementerian sehingga 6 Februari 2025, seramai 8,076 calon dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis, dengan 6,231 daripadanya merupakan pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
"Data rasmi kehadiran bagi peperiksaan SPM 2024 hanya akan dikeluarkan pada hari pengumuman keputusan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat).
Dr Ahmad Yunus meminta Kementerian Pendidikan menjelaskan punca utama lebih 10,000 calon tidak menghadiri kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2024.
Menurut Fadhlina, bagi peperiksaan SPM 2024, seramai 386,739 calon baharu mendaftar untuk sekurang-kurangnya enam mata pelajaran, dengan 345,129 daripadanya merupakan pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
"Antara sebab utama ketidakhadiran pelajar dalam peperiksaan SPM 2024 termasuk bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, kematian, dan berpindah ke luar negara," dedahnya.
Bagi menangani isu ini, Kementerian Pendidikan melaksanakan beberapa langkah intervensi, termasuk memantau kehadiran pelajar secara harian melalui Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran) dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Sebuah pasukan khas turut diaktifkan di semua peringkat.
Selain itu, Dialog Prestasi Nasional turut diadakan bagi membincangkan isu berkaitan kehadiran SPM.
Kementerian Pendidikan juga mengadakan pelbagai program seperti Program Ziarah Cakna, sesi libat urus bersama ibu bapa, kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta jalinan dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta.
Fadhlina turut memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi, termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Meteorologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, dan jabatan pendidikan negeri bagi memastikan kelancaran peperiksaan awam, terutamanya semasa musim monsun atau bencana banjir.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Belum lagi ko jumpa makpak yg kalah ngan anak. Tempat iols biasa dah mak beri alasan anak tanak turun skolah sebab:
1. Nak main game
2. Sampai tekanan darah tinggi suruh/pujuk anak turun skolah
3. Fon kene rampas oleh skolah.
Eh banyak lagi reason bodohlah. |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 13-2-2025 08:35 AM
Belum lagi ko jumpa makpak yg kalah ngan anak. Tempat iols biasa dah mak beri alasan anak tanak turu ...
Masa meols pi mentaksir speaking test, ada 1 calon ni siap SU Peperiksaan pi kat rumah paksa budak tu bawak pi sekolah sebab bodoh sangat tanak datang speaking test. Masa mak budak tu kena call, mak dia cakap budak tu tengah tido. Pagi. Jam 8. Yang patutnya pagi tu giliran dia huntok ditaksir. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakhbar apale yg ada dlm pemikiran budak2 ni. Walaupun bkn anak aiol tp susah hati lak risau masa depan diarg |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia belum cukup untuk maju |
|
|
|
|
|
|
|
Depa target nk jadi tiktoker..tak pun cuci jamban kt singkapork |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ada SPM pun struggle dek
Ni kan ko 0
Sama mcm forummer atas
Rasa sedih dgn bdk2 ni
Ape la yg ada dlm kepala dorg
Sok dh besar baru tau langit tinggi rendah
Susahnya nk hidup, cari sesuap nasi
|
|
|
|
|
|
|
|
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih |
|
|
|
|
|
|
|
Kita akan nampak cycle ni berulang. Nanti bila dah berumahtangga esok lusa, jangan pula berasa hasad dekat mereka yang berusaha ambil SPM demi nak dapatkan sijil. Jangan rasa iri kalau nasib orang lain lebih baik berbanding kamu yang SPM pun tak nak hadir. |
|
|
|
|
|
|
|
seronok sangat tak ada exam
tiba tiba nak kena exam selepas berapa tahun ?
bahana ttok ig bagai2 ni pun iyer jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya dlm kepala dorg..kalau tajde duit nnt apa susah, dpt bantuan mcm2...beranak ramai2 nnt boleh masuk bersamamu, silap2 dpt rumah free, kereta free, umrah free. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 13-2-2025 04:45 PM
Masa meols pi mentaksir speaking test, ada 1 calon ni siap SU Peperiksaan pi kat rumah paksa budak ...
Benda ni jadi kat memana ropernye. Anakku sazali. Bila benda ni jadik iols memang terfikir, eh bodohnya ko jadik mak. Suruh anak turun skolah pun ko tak mampu, harap cikgu je. Kesian tau tengok su spm, kat sini pun sibuk nak trace budak kalau mia. Ada yg dtg ujian lisan pastu masa ujian bertulis pandai plak tak datang. I kenot brain betul! |
|
|
|
|
|
|
|
aku sorang ja ka yang rasa macam 'tak hadir semua kertas tu ada dua makna'
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 13-2-2025 04:45 PM
Masa meols pi mentaksir speaking test, ada 1 calon ni siap SU Peperiksaan pi kat rumah paksa budak ...
Sporting ya mak ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Dah tahu anak ada test tak dikejut |
|
|
|
|
|
|
|
Bebudak yang tak nak amik SPM ni obviously misfit dalam sistem. Ada antaranya bukan hopeless sangat ada ja bab yang mereka pandai.
Aku ada jumpa budak yang boleh buat kerja rupanya tak ada SPM.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 13-2-2025 01:29 PM
kepompong replied at 13-2-2025 01:06 PM
Sporting ya mak
Dah tahu anak ada test tak dikejut
Meols gelak2 aje bila cikgu2 sekolah tu bising2. Pehtu budak tu datang, dok depan meol, dengan (rasanya) tak mandi pagi segala, tergaru2 kepala takleh bercakap lansung. Partner dia (yang cikgu sengaja set pandai dari dia supaya boleh tolong) dah berusaha la kan bagi hint prompt segala supaya dia bercakap, dia dok diam juga depan meols. Alahai....Meols kasi ja markah 3/24. Markah untuk effort sebab datang juga. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ruginya dik..
kalau diberi pilihan untuk kembali ke sekolah semula,iols orang pertama akan angkat tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 13-2-2025 12:18 PM
Benda ni jadi kat memana ropernye. Anakku sazali. Bila benda ni jadik iols memang terfikir, eh bod ...
Mungkin sebab mak dia pun sama ja pangai masa sekolah. Cikgu veteran tempat meols yang kata gini. Aku ajo dari mak pak ke anak suma lebih kurang ja pangai kata cikgu G. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 13-2-2025 01:06 PM
Sporting ya mak
Dah tahu anak ada test tak dikejut
Meols syak malas nak layan anak dia ngamuk kena kejut. Ada mak pak gini - takut anak. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 13-2-2025 09:14 PM
Meols gelak2 aje bila cikgu2 sekolah tu bising2. Pehtu budak tu datang, dok depan meol, dengan (ra ...
Rebel lah tu kena paksa pegi ambik exam. Tgh sedap2 tido …. No wonder dia tknk pegi, Sbb dia mmg tahu akan dpt 0 telur ayam. Dapat 0 dgn TH tetaplah tak lulus. Kan… Then again kenapa mak dia hantar sekolah. Patot awal2 mak dia berhentikan sekolah pastu suruh kerja , atau masuk KV , atau giatmara atau apa saja
Ada je jiran i (Chinese ) yg anak2 sekolah tak seberapa, pastu jenis malas bukak buku… mmg diberhentikan sekolah suruh kerja kat bengkel2 motor keta etc |
|
|
|
|
|
|
| |
|