CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5016|Reply: 0

[Tempatan] Butakah Cinta?Dia Nikah Dengan Orang Lain”-Kiciwa Cinta Ditolak Semasa Remaja,Warga Emas 83 Tahun Tak Kahwin-Kahwin, Hidup Gelandangan

[Copy link]
Post time 13-2-2025 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 13-2-2025 11:29 PM

Seperti perkongsian kisah yang tular di laman media sosial ini apabila seorang warga emas berusia 83 tahun dikatakan tidak kahwin-kahwin kerana masih tidak boleh ‘move on’ dengan rasa ‘sakit’ cintanya ditolak…




Menurut kisah yang dikongsikan oleh Sinar Harian, seorang warga emas bernama Che Ahmad Dollah, 83 tahun, memilih untuk hidup bujang selepas kecewa cintanya ditolak wanita ketika mereka berusia belasan tahun. Sangat memedihkan hatinya apabila tindakan wanita berkenaan yang memilih berkahwin dengan jejaka lain menyebabkan warga emas itu menanggung kekecewaan dan membawa diri sehingga ke hari ini.

“Dia nikoh dengan orang lain..frust,” ujar Che Ahmad apabila ditanya mengenai kenapa tidak berkahwin.

Berasal dari Temangan, Machang, pakcik ini menghabiskan sisa hidupnya sebagai gelandangan dengan menumpang tidur di masjid-masjid sekitar Kota Bharu. Anak bongsu dari 5 adik-beradik ini mengambil upah sebagai pencuci pinggan mangkuk di ekdai-kedai makan untuk wang harian bagi mencari sesuap nasi.

Tidak mempunyai sebarang penyakit serius walaupun berusia, namun akibat terjatuh dalam bilik air baru-baru ini, warga emas berkenaan terpaksa menggunakan tongkat kerana patah tulang pahan kanan.

Kini, dia dikurniakan rezeki apabila dapat tinggal di sebuah bangsal yang dibina oleh seorang individu berhati mulia bernama Hafiz Ibrahim, berdekatan dengan kubur arwah kakaknya. Walaupun hanya bangsal tapi sudah cukup dan bersyukur mempunyai tempat untuk berteduh dan memberitahu kepada orang sekeliling bahawa jika dia meninggal dunia kelak, diminta akan dikebumikan juga berdekatan dengan kubur arwah kakaknya itu.

Ujarnya lagi, qalaupun tidak mempunyai saudara mara yang rapat dan ada bersama di saat susah, ini merupakan pilihannya dan dia
dia tenang hidup dengan cara sebegini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055291 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list