View: 23629|Reply: 32
|
Beras tempatan kembali di pasaran 1 Mac ini, kita tunggu ya
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Orang ramai boleh mula mendapatkan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi 10 kilogram (kg) bermula 1 Mac depan.
Bekalan beras ini akan tersedia di pasaran seluruh Semenanjung dan juga dipasarkan melalui Program Jualan Rahmah Madani.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd. berkata, sebanyak 24 juta kampit beras akan berada di pasaran Semenanjung dalam tempoh enam bulan bermula Mac ini.
Beliau menambah, pembelian beras tersebut bagaimanapun dihadkan kepada dua kampit sahaja untuk setiap pembeli dengan menggunakan pelbagai jenama pada harga subsidi RM26.
“Buat masa ini, tiada keperluan untuk mengeluarkan satu jenama khusus bagi BPT bersubsidi ini, sebaliknya ia akan dikenali dengan pelbagai jenama,” katanya.
Menurut beliau, barangan keperluan harian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin di negara ini, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.
Katanya lagi, mengikut data sedia ada, mereka (400,000 KIR miskin) amat memerlukan dan bergantung kepada bekalan beras ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
"Saiya misti simpan untuk kita bangla worang...cakap tada sama Malesia worang"-cashier bangla |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni beras tu pergi mana? holiday ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nape tetiba? ada PRU/PRN terdekat ke weh,.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kemana menghilang selama ni? Takkan takleh trace langsung? |
|
|
|
|
|
|
|
Kita makan beras cop Saji dah 6 bulan kot
Tu memang buatan Malaysia
Beras dia wangi dan tekstur ok je kalau masak.Kalau x ada selera mcm badan tak sihat pun masih ok lagi nak makan nasi sbb beras Saji ni mirip beras Siam aroma dia.Harga memang mahal sbb yg 5 kg punya RM 36.00 mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 beras tempatan muncul setelah menghilang. Snap election? |
|
|
|
|
|
|
|
kejap ade kejap takde . mcm chipsmore |
|
|
|
|
|
|
|
dia cakap je ada, tapi sebenarnya memang ada, cuma repack jadi beras import, walhal beras tempatan, tak gichewww dik non? gigh ya kartel2 ni sorokkan stok..bukan beras je. Semoga dilaknat Tuhan hendaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
"Menurut beliau, barangan keperluan harian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin di negara ini, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.
Katanya lagi, mengikut data sedia ada, mereka (400,000 KIR miskin) amat memerlukan dan bergantung kepada bekalan beras ini."
So M40 pun tak bleh beli kot. Keutamaan pada yang disebut di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kontrol beras pon gagal zmn madanon hanat ni |
|
|
|
|
|
|
|
harap tak byk batu la mcm beras nasional dulu2  |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni bayang pun tak nampak, sorok kat mana? Kalau kat sabah, yang cap roda tu sedap. Lembut. |
|
|
|
|
|
|
|
ini semua kerja gila. muntri gila |
|
|
|
|
|
|
|
PRN Sabah tahun ni rasanya. Lepas raya kut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pg td tengok tt uncle aiol share ada ane mengamuk sbb beras import jual rm36 gitu sdgkan tulis kat packaging lbh drpd rm40. So dia pertikai tu actual beras import ke beras tempatan yg menyamar. Tup tup eh beras tempatan dah nak keluar blk? Hairan |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm patutnya bila dah separuh penggal, banyak isu pun masih tak boleh nak settle, lucut aje la jawatan mana yang berkenaan tu.. pencen pun tak payah duk bagi dah sekarang ni, macam staf gov jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 25-2-2025 10:37 PM
Sebelum ni bayang pun tak nampak, sorok kat mana? Kalau kat sabah, yang cap roda tu sedap. Lembut.
Sabah semua beras import yg beras tempatan jual kt kundasang sana tu |
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup replied at 25-2-2025 04:52 PM
Kita makan beras cop Saji dah 6 bulan kot
Tu memang buatan Malaysia
Beras dia wangi dan tekstur ok j ...
Harga mcm beras bashamati india jenis panjang biasa aku beli tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|