View: 14176|Reply: 32
|
[Jenayah]
Terpaksa Tutup Semua Cawangan, KFC Diisytiharkan Bankrap!
[Copy link]
|
|

Jenama makanan segera ternama iaitu KFC berdepan nasib malang apabila semua cawangan jenama itu terpaksa ditutup selepas diisytihar bankrap.
İş Gıda, syarikat pengendali KFC di Turkiye, mengisytiharkan muflis sekaligus menutup 537 cawangan di tengah-tengah hutang $214 juta dan boikot berkaitan konflik Gaza dan menyebabkan seramai 7,000 hilang pekerjaan.
Menurut laporan, berikut adalah penyebab syarikat pengendali tersebut mengalami kerugian dan terpaksa menutup kesemua cawangan.
1. Failkan Kebankrapan: İş Gıda mengisytiharkan muflis pada 7 Februari 2025, dengan hutang melebihi $214 juta (₺7.7 bilion). Aset syarikat, termasuk kilang, dirampas oleh bank.
2.Pengembangan Agresif Yang Memakan Diri: Syarikat mengembangkan cawangan daripada 138 lokasi KFC dan 58 Pizza Hut pada 2020 kepada 537 cawangan menjelang 2024, dengan banyak bergantung pada hutang. Peningkatan kadar faedah dan isu kecairan menambahkan tekanan kewangan.
3.Gaji dan ‘layoff’ Tidak Dibayar: Pekerja mendakwa gaji Januari yang tidak dibayar, yang dijanjikan oleh İş Gıda untuk dijelaskan menjelang akhir Februari. Pemberhentian sedang dijalankan di bawah Undang-undang Buruh Turki, dengan pemecatan dan bayaran cuti dilindungi secara sah.
4.Kesan Boikot: Laporan menunjukkan penurunan sebanyak 40% dalam jualan di Turki, dikaitkan dengan boikot pengguna terhadap jenama Barat yang dianggap mempunyai hubungan dengan Israel di tengah-tengah konflik Gaza.
5.Gangguan Rantaian Bekalan: Pembekal ayam melaporkan pengurangan pesanan beberapa bulan sebelum keruntuhan.
Selain itu, faktor lain seperti salah urus pentadbiran yang dilakukan oleh İş Gıda seperti mengalihkan dana kepada anak syarikat seperti Krispy Kreme dan kilang rim di Jerman semasa krisis kewangan. Mereka juga mendakwa eksekutif membeli rumah agam $50 juta menggunakan wang pekerja yang tidak dibayar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Clickbait sungguh
Iols baru je pesan.kfc semalam delivery..
Hahaha...
Takajut |
|
|
|
|
|
|
|
Byk isu mismanage itu yg boleh bankrap kat turki. |
|
|
|
|
|
|
|
tekesut ingat kt sini |
|
|
|
|
|
|
|
Bru aku order kepsi fillup hri tu, esoknya order mcd terpengaruh foldover tpi mahal gak last beli burger jer |
|
|
|
|
|
|
|
halahhh tajuk pun...
wpun iols bkn la penggemar kfc tp kalau katup habis di msia ni terkejuttttt |
|
|
|
|
|
|
|
kita punya kfc masalah utama ayam kecik nak mampus |
|
|
|
|
|
|
|
Penangan boikot sebab jenayah kemanusiaan melibatkan rejim Zionis sebagai suspek masih lagi ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 27-2-2025 09:48 AM
Penangan boikot sebab jenayah kemanusiaan melibatkan rejim Zionis sebagai suspek masih lagi ada..
Akak ingat dulu acik2 liberal forum menganjing bila ada seruan boikot, katanya boikot hangat2 tahi ayam. Sambil gelak berjemaah. Sekarang acik2 tu semua dah tak nampak kat forum ni.  |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak jumpa ayam goreng besar. Semua spesis anak ayam. Tapi aku suka original kfc. Lama x beli.. Teringin lak.. Tiberrr  |
|
|
|
|
|
|
|
dapnyer loaded potato bowl & chezy wedges..pastu kalau mkn kepci i suka air strawbery
time mkn ff je la mnm air bergas..dapnyer.
org turkiye reti mkn manisan je kot..baklava pun sdp. |
|
|
|
|
|
|
|
molek jgk kfc malaysia ni sama2 tutup. aku dua kali kena bad customer service. email dkt hq dia pun buat derk je. aku buat google review kasi bad review jer.
takde usaha nak upgrade customer service dari mula2 smpi skrg. yg cashier dah lah x lawa , kepam, makcik2 je jaga. aku dah boikot kfc ni. better mcd, walaupun zionis punya comp tapi bab customer service takdelah teruk benor mcm kfc |
|
|
|
|
|
|
|
KFC ni lalu makan ayam je la. McD makan prosperity & ayam. Time CNY mmg beli tiap minggu. tempat aku ni dua2 bagus, ayam kemain besar,puas hati makan. |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 27-2-2025 09:38 AM
kita punya kfc masalah utama ayam kecik nak mampus
ayam kicik..harga besar...tauke kfc sendiri pon x nk beli... |
|
|
|
|
|
|
| |
|