CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6001|Reply: 0

Kerajaan Akui Jika Caj Diperkenalkan Untuk Tangani Kesesakan Lalu Lintas Di KL, Akan Beri Impak Jangka Pendek Kepada Ekonomi

[Copy link]
Post time 27-2-2025 01:37 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui sekiranya caj diperkenalkan bagi menangani isu kesesakan lalu lintas di ibu kota, akan memberi impak kepada sektor ekonomi dalam masa dua hingga tahun.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata situasi itu bagaimanapun tidak akan memberi kesan bagi jangka m panjang.


"Saya difahamkan, kesan kepada ekonomi selepas caj kesesakan dilaksanakan (melihat kepada) negara lain, memang ada sedikit daripada sudut ekonomi dalam masa dua hingga tiga tahun. Selepas itu akan kembali pulih seperti diharapkan.


"ada masa sama, pelaksanaan caj ini juga ada kesan positif terutama dari segi ekonomi bagi peniaga kecil.


"Kajian antarabangsa yang dibuat menunjukkan pengurangan kesesakan beri manfaat jangka panjang dapat tingkatkan kebolehcapaian kawasan perniagaan, selain galak aktiviti berjalan kaki juga (galakkan) pengguna pengangkutan awam untuk berkunjung ke kawasan komersial," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang ingin tahu apakah impak ekonomi khususnya kepada peniaga kecil sekiranya caj kesesakan dilaksanakan.


Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata kerajaan turut mempertimbangkan supaya pengecualian bagi caj kesesakan di ibu kota diberikan membabitkan sektor tertentu.


"(Misalnya) bagi sektor logistik dan penghantaran, kita boleh pertimbangkan beberapa perkara. Antaranya mungkin zon pengecualian bagi waktu tertentu antaranya kenderaan logistik tidak dikenakan caj di luar waktu puncak.


"Selain itu, kenderaan seperti e-hailing, teksi atau kenderaan persendirian oleh pemilik bangunan atau penginap hotel juga diberikan diskaun atau insentif tertentu seperti pengecualian dari caj keesakan.


"Begitu juga bagi sektor pelancongan, bas dan van pelancong juga mungkin boleh diberi pertimbangan untuk diskaun dan pengecualian," katanya.


Dr Zaliha berkata pihaknya akan meneruskan beberapa sesi libat urus bersama wakil industri termasuk golongan peniaga dan pihak berkepentingan lain untuk mendapatkan pandangan serta merangka pelaksanaan lebih adil, saksama dan berkesan kepada semua.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.210146 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list