View: 9432|Reply: 18
|
Nelayan Russia Tangkap Ikan Laut Dalam Mirip ‘Makhluk Asing’
[Copy link]
|
|
MOSCOW – Seorang nelayan Russia mencuri perhatian dunia selepas menangkap seekor ikan laut dalam yang disifatkan menyerupai makhluk asing, lapor New York Post.
Roman Fedortsov merakam gambar hidupan marin itu ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan dalam sebelum berkongsi video di Instagram.
Ikan berwarna kelabu itu mempunyai bentuk kepala unik, sekali gus membuatkan ramai netizen menyamakannya dengan makhluk asing.
Fedortsov mengenal pasti haiwan itu sebagai ‘smooth lumpsucker’, sejenis ikan bersirip yang mampu membesar hingga 30 sentimeter dan hidup di laut dalam.
Hantaran tersebut tular dan menerima pelbagai reaksi di media sosial.
“Ini 100 peratus makhluk asing yang tinggal di dasar laut,” komen seorang pengguna.
“Memancing di Chernobyl ke?” seloroh netizen lain, merujuk kepada kawasan bencana nuklear di Ukraine.
Fedortsov terkenal kerana kerap berkongsi imej hidupan laut aneh yang ditemuinya sepanjang bertugas sebagai nelayan laut dalam. – AGENSI
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ikan laut dalam kalau keluar air, memang pelik2 rupa
dalam air baru nampak rupa makhluk laut tu
perubahan tekanan kan
ikan laut dalam hidup kat tempat pressure tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
mcm blob fish
tu hari ikan gigi tajam2 yg ada cam lampu tergantung ats paler tu
anglerfish ke ape ke nmnya
dgn oar fish
tanda2 gempa bwh laut katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak komplikasi kalau ikan laut dalam ni naik ke permukaan akibat tekanan yang rendah. Paling tidak organ2 dia akan meletop.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak aku tgk mulut dia ternganga gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau timbul kat negara Konoha, boleh agak apa reaksi penduduk sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Terbalik tu, tekanan yang rendah tidak akan meletup. Membuatkan sesatu meletup tu kerana tekanan udara yang tinggi. Sama seperti tayar kenderaan kamu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lagi makhluk yang kita tidak pernah jumpah |
|
|
|
|
|
|
|
sure la huru hara kata esok kiamat
IQ deme tu kan bawah tapak kaki 
|
|
|
|
|
|
|
|
Lain macam dia punya kepala |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 27-2-2025 05:51 PM
Terbalik tu, tekanan yang rendah tidak akan meletup. Membuatkan sesatu meletup tu kerana tekanan u ...
Pun salah jugak. 
Secara alami ikan tu membesar dan hidup dalam persekitaran bertekanan tinggi.
Jika naik ke darat, dia mati sebab sistem badannya tak biasa dengan persekitaran tekanan rendah berbanding habitatnya. Kompem mati.
Contoh mudah, belon helium yg dilepaskan dari darat akan menjadi lebih besar saiznya sebaik ia berada dalam zon altitud tinggi (tekanan rendah).
Atau contoh rocket booster sewaktu meluncur laju ke langit, setibanya di altitud tinggi (tekanan rendah) tujahan api jetnya akan mengembang berbanding tujahan sewaktu mula berlepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 27-2-2025 06:33 PM
sure la huru hara kata esok kiamat
IQ deme tu kan bawah tapak kaki
Paras² hidung jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan rocket booster akan boing balik ke bumi sebab terhantuk lapisan firmament.  |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam rupa ketumbuhan kulit dalam dr pimple popper tu. Agak kalau belah badan dia keluar isi seharum sundel malam tak  |
|
|
|
|
|
|
| |
|