East sebenarnya merancang nak beli Nokia C6...dah servery2 dah semua...tiba2 ternampak kat lelong.com pasal Nokia N900 dan bid, padahal xservey pon, cuma berkenan design dia je...tgk2 MENANG plak bid tu.aduhai...
Mcm mn ek?Nokia N900 ni ok ke? Kalau nak dibandingkan dengan Nokia C6, mana lagi ok?
Dapat RM8++..tgk harga semasa RM12++, tu yg brani letak RM8++, skali menang plak..aiyaaa..
Yeke? Tapi dia guna OS Maemo,kan? OK ker Maemo tu? xpernah guna lagi ni...kang terkial-kial plak.bukannya reti sgt bab2 OS ni...tp try jelah,kan? alang-alang dah menang...
Nokia N900 guna Maemo untuk OS dia, bukan Symbian. Ikon-ikon yang digunakan dalam N900 tu memang dia ambil bulat-bulat dari Symbian OS, sebab tu mungkin ada orang anggap Maemo ni salah satu variant Symbian OS.
Maemo ni cara gunanya lain sedikit. Maemo ni kalau kita belajar asal-usulnya, dia derived daripada Linux OS. Jadi user interface Maemo ni agak kasar sedikit, pada pengguna biasa, mungkin kadang-kadang keliru dan tak faham. Untuk pengguna yang memang IT savvy, Maemo ni satu OS yang agak canggih di mata programmer, sebab dia Linux-based. Firefox web browser yang full version (macam dalam PC) boleh diinstall dalam N900 ni.
Sesetengah function dia memerlukan pemahaman dari sudut pandangan programmer. Contoh macam MMS, masa baru beli hanset ni dia tak ada fungsi MMS, tapi boleh ditambah. Nak add fungsi MMS tu ada step-step dia, yang bagi orang biasa, rasa agak 'terganggu'.
Jadi, N900 ni kalau dikirakan memang kurang sesuai digunakan untuk pengguna hanset yang biasa-biasa, sebab sistem Maemo ni pun lebih pada experimental. IT savvy users, programmers dan geek suka la guna N900 ni pasal boleh buat customization. Nokia sendiri panggil N900 sebagai 'komputer yang ada fungsi hanset', dan fungsi hanset itu sendiri merupakan secondary function within N900, bukan primary function.
Harap penerangan ini dapat membantu.
Nota tambahan: Sekarang ni Maemo pun dah berevolusi kepada MeeGo, user interface dia lagi cantik, mudah digunakan.
Mungkin sebab tu siapa-siapa yang dah beli hanset N900 ni bila rasa susah nak guna, dia cepat-cepat tolak pada orang lain. Memang tak ramai pun guna N900 ni. Application support pun kurang.
nokia sendiri pon da x kuarkan update lg kat n900 ni..naseb baik ade maemo nye community..(maemo.org)..diorg la yg tolong develop apps..fix bugs n kuarkan update..yg pling penting segalanya berkaitan maemo/meego adalah free..xsabar nk tinggu n9 running Meego os..will be next nokia killer phone.
Okla tu klu dpt 800.. rasanya hp ni skrg susah nak cari. Dah merata kedai sy tanya kt area Seremban. Hp ni sesuai la utk org2 yg suka surf internet sbb dia support full version. Klu main facebook siap bole chat n main game mcm kt pc.
OK je N900 ni kalau rajin mengkaji IT. Fungsi Kameranya walaupun 5 megapixel tapi ada 2 perisian.Satu yg biasa manakala satu lagi yg dibangunkan oleh Maemo iaitu blessn900.Ada Aplikasi skype dan lain lain lagi.Saya guna N900 ni tapi sekarang saya tak gunakan sebagai henset tapi saya jadikannya sebagai internet tablet dgn gunakan Sim Broadband.Banyak aplikasi untuk maemo ni dan perlu diinstall kat applikasi manager.
East bid kat lelong.com..mmg dpt murah...so far dah mula suka guna N900 ni...mcm big_sky ckp, dia support full version utk internet..mmg best la bg org yg suka brinternet mcm east ni..hehehehe...
Cuma skrg masih mencari aplikasi yg best2..kalo tgk kat ovi.com tu mcm x update jek..