|
Orang Perak
Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah
Lenggong, Ulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (MARC) USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.
Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Paleolitik hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai 'congenital deformity' *yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.
Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangan kanannya memegang daging yang telah tinggal tulang. Ia dikebumikan dengan siput sedut, daging khinzir, rusa, biawak, monyet, kura-kura dan beribu-ribu kulit kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
![](http://3.bp.blogspot.com/_3mp_5u6nGnc/SXqRNmGQtwI/AAAAAAAAAYI/oLM40p9x98M/s400/perak+man.jpg)
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 154cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.
boleh saya tanya..kalau era gap 10-11,000 tahun tu kira dalam era nabi apa ya? atau pada waktu gap itu tiada nabi? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh saya tanya..kalau era gap 10-11,000 tahun tu kira dalam era nabi apa ya? atau pada waktu g ...
KimoraHakim Post at 9-3-2012 19:43 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
kalau ikut kiraan paderi kristian,tarikhpaling posible nabi adam wujud adalah 6000 tahun lepas.Ni based pada anggaran hierarki keturunan,
eg: george bush bin george w bush bin ......... bin seth bin adam AS.
perak man perhaps lebih awal dari nabi adam.. |
|
|
|
|
|
|
|
perak man perhaps lebih awal dari nabi adam.. ...
Percival Post at 14-3-2012 16:29 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Adam & Eve wujud selepas Perak man lah kalau ikut kristian... kaedahnya ye?
Hebat perak man ni |
|
|
|
|
|
|
|
Adam & Eve wujud selepas Perak man lah kalau ikut kristian... kaedahnya ye?
Heba ...
solstice Post at 15-3-2012 15:38 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ulama salaf jaman sahabat n tabiien dolu2 pong kata 6000 tahun gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Percival at 16-3-2012 00:30
Yup. paling posible 6000 tahun nabi adam AS.
Kan kisah anak baginda, Habil dan Qabil yang berbunuhan tu. sembahkan ufti unta gemuk dan tanaman layu untuk nak tahu sapa paling layak kahwin dengan Iqlima. Then tuhan allah decided untuk pilih pesembahan ufti unta gemuk dari Habil (?), dan rejek ufti tanman layu dari qabil sebab tak ikhlas. Qabil rage dan bunuh adik dia.
Clue kat sini, nabi adam AS bukan manusia prmitif, sebaliknya dah pandai bercucuk tanam dan domestification haiwan..
Ntah, sebenarnya bukan semu ulama pun brpendapat nbi adam tu manusia pertama.. Cuma ulama mainstream je pegang adam AS manusia pertama, ulama minoriti ada yang cakap cuma bidalan |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana penkaji2 tu tau lokasi perak man ni arr??? takan pakai main gali jer...saper tau tlg bgtau....bestt |
|
|
|
|
|
|
| |
|