CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18379|Reply: 388

Malaysia menuju negara kristian......?

  [Copy link]
Post time 7-5-2011 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Dipetik dari Utusan.......

Malaysia negara Kristian?Oleh ROKIAH ABDULLAH dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my



PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.


Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.

Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.

Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 09:42 AM | Show all posts
Utusan Malaysia adalah BATU API terbesar di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 09:46 AM | Show all posts
batu api betullah Utusan ni.. cerita dr Blog pun nak diperbesar2kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 10:01 AM | Show all posts
mula mula minta nak pakai nama ALLAH lepas tu minta kitab INJIL dalam BAHASA MALAYSIA  lepas tu minta la pulak ugama resmi perseketuan adalah KERISTIAN cantik cantik dah kena la tu disokong kuat pulak oleh pak lobai pak lobai cantekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 10:04 AM | Show all posts
byk2 artikel dalam Utusan pasal DAP yg paling byk benar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 10:26 AM | Show all posts
mula mula minta nak pakai nama ALLAH lepas tu minta kitab INJIL dalam BAHASA MALAYSIA  lepas tu mint ...
ketum Post at 7-5-2011 10:01


ko pecaya ke benda camni.tak mungkin si oi tu berani buat begitu.walau pun pembangkang tetapi mereka menghormati malaysia ni negara islam.salah ke injil di tulis dlm bahasa,sapa yg suruh bahasa malaysia jadi bahas penghantaran.kang skg org dah fasih dan faham bahasa lebih dari english.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2011 10:31 AM | Show all posts
Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.
jofizo Post at 7-5-2011 09:33



    fishy nye.. {:1_134:}
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 11:33 AM | Show all posts
Reply 6# voiletiris


    alaaaaaa surat kabar perancis pun ada orang pecaya inikan utusan yang memang penulisnya tinggal kat melaysia


satu lagi ada aku kata salah kalau injil nak tulis dalam BM?apa pendapat hang bab penggunaan nama ALLAH OLE KRISTIANyang di sokong penuh oleh lobai lobai tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 01:52 PM | Show all posts
Politaik2 kat Malaysia ini semakin berani mempergunakan agama untuk survival politaik masing2....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 08:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by Muntz at 7-5-2011 20:06

Dakwaan Kristian agama rasmi politik jahat dan bahaya – Guan Eng

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan mendakwa DAP mahu menjadikan Kristian agama rasmi sebagai permainan politik yang jahat danmerbahaya.
“Ini memang satu permainan politik yang jahat dan bahaya. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan undi. Merekalah anasir yang yang paling jahat dan bahaya di Malaysia sekarang ini,” kata Lim Guan Eng dalam sidang media beliau pagi ini.
Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan kononnya Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menganjurkan satu pertemuan paderi Kristian yang membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.
Menurut Guan Eng, laporan Utusan itu tidak berkredibiliti kerana ia bersifat spekulasi dan datangnya daripada sumber yang kabur dan tidak boleh dipercayai.
“Perkara ini siapa pun tak akan percaya tapi ia akan dipermainkan. Mereka tak ada bukti dan ia diambil dari blog. Blog mana dan individu mana yang membuat tuduhan itu tidak pula diambil peduli,” kata Guan Eng.
Justeru, satu laporan polis akan dibuat DAP bagi mengekang perkara yang lebih buruk daripada berlaku.
Menurut Guan Eng lagi, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat DAP sejak dahulu sememangnya sentiasa mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
“Kita dah banyak kali tekankan Islam agama rasmi Malaysia. Kita tidak pernah pertikai perkara ini. Kita tidak pernah desak minta Malaysia jadi negara Kristian, negara Hindu atau pun apa-apa gama lain,” kata Guan Eng.

Pada masa yang sama, kata Guan Eng, Utusan tidak pula menyiarkan laporan yang akan memburukkan nama Barisan Nasional walau pun peristiwa yang berlaku itu menjejaskan keharmonian kaum dan beragama.
“Mereka tidak siarkan Gerakan menghentam kerajaan Pulau Pinang kerana kita bagi lebih peruntukan untuk hal ehwal Islam. Kalau dia adil, dia akan siarkan Gerakan hentam kerajaan negeri Pulau Pinang. Mintalah orang Cina buat demo depan pejabat Gerakan. Mereka tak akan buat,” kata Guan Eng.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 08:08 PM | Show all posts
fitnah ka...
tak baik memfitnah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 08:10 PM | Show all posts
Politaik2 kat Malaysia ini semakin berani mempergunakan agama untuk survival politaik masing2....:sh ...
cmf_shalom Post at 7-5-2011 13:52

Kat tempat diorang senanglah.. Kristian ramai dari org Cina dan India, jadi ianya lebih kepada sentimen kaum berbanding sentimen agama. Tetapi di negeri spt Sabah dan Sarawak, Kristian ialah agama yang banyak dianuti oleh Bumiputera. Ini nanti akan memberi kesan buruk kepada perpaduan yg sudah sedia terjalin di kalangan Bumiputera2 di Sabah dan Sarawak, yg selama ini bergaul tanpa mengira kaum dan agama masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 08:12 PM | Show all posts
lol fikiran sempit.. geng cina aut budha amacam.. ingat semua cina kristian ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 08:15 PM | Show all posts
Reply 13# alien3d

patut la bila umno ajak pas bersatu atas nama islam,dia tak nak.. hmm biar betul pas nii
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 08:25 PM | Show all posts
krajaan Be eNd akan guna apa cra skalipun untuk survival plitik mrka

trbaru..  ada pihak kluarkn knyataan bhwa DSAI cenderung untuk membunuh diri dan
akan mmbunuh diri...   apa tujuan knyataan ini dikeluarkn? solah2 DSAI akn trbunuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 08:29 PM | Show all posts
kalau Utusan kata DAP nak jadikan Malaysia negara Yahudi pun mesti juak2 UMNO yg BODOH akan percaya juga

sibuk2 nak kata DAP nak jadikan Malaysia negara Kristian, tetapi bila PAS nak buat negara ISLAM depa x mau pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 08:36 PM | Show all posts
Bapak segala penipu-utusan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 08:47 PM | Show all posts
yo yo o je pembangkang nk buat macam tu
yang menggelabah malaysia jadi negara kristian ni bukan alim sangat pun
jenis biol sama mcm cina tak basuh berak jugak
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 09:14 PM | Show all posts
Utusan ni mcm nak timbulkan isu kaum dan agama la.. even pun saya tak minat bab politik tp utusan buat saya menyampah dgn BEEN.. Dulu 1Melayu, skrg isu penganut agama kristian buat perjumpaan sbb nak jadikan Kristian sebagai agama persekutuan... Nasib baiklah orang Borneo ni jadi pak turut BEEN jer... Pemimpin ambil hak rakyat, ikut jer.. pemimipin masukkan beramai2 PTI sbg warganegara pun, ikut jer... skrg, Utusan kata perjumpaan penganut2 kristian sbb nak jadikan kristian agama persekutuan, BEEN sokong.. fitnahlah woi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 09:17 PM | Show all posts
MCA, parti yang terkenal dengan pemimpin yg didakwa akibat menipu dan pemimpin sex pun tak percaya dengan utusan, jangan kata kami sahaja yg tak percaya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.087807 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list