CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6338|Reply: 18

Bawa isteri buat umrah

[Copy link]
Post time 10-5-2011 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]

SEJAK muncul juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), jadual Asmawi Ani atau Mawi, sentiasa padat. Dalam tempoh itu tiada sedikit ruang pun untuk dia menghabiskan masa buat diri sendiri.


Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, penyanyi berasal dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu memperlahankan sedikit kegiatan seninya.

Sesekali pihak media turut melihat kemunculannya bersama isteri, Norashikin Abd Rahman atau Ekin ke majlis tertentu yang mana sebelum ini amat susah untuk dilakukan Mawi.

Ditemui baru-baru ini sewaktu menjayakan rakaman klip video nyanyian duetnya bersama ustaz Akhil Hayy, Hambamu yang juga lagu tema untuk rancangan realiti TV, Imam Muda musim kedua, Mawi akui, melihat dari sudut lain apabila jadualnya tidak padat seperti dulu membolehkan dia melakukan banyak aktiviti tidak mampu dilakukan sebelum ini.



“Paling utama, saya dapat pulang ke kampung selalu  melawat emak. Selain daripada itu, apa saja aktiviti ahli keluarga mahupun mentua saya dapat hadir, sebagai contoh kenduri-kendara,” katanya.


Selain itu jelas Mawi, aktiviti seni yang agak perlahan kebelakangan membolehkan dia membawa Ekin, ibunya Ramlah Sarlan dan empat anggota keluarga lain menunaikan umrah, pada 20 April lalu.

“Alhamdulillah apa yang dirancang sebelum ini sudah tertunai. Sebenarnya, saya mengikut rombongan pakej yang disediakan syarikat ustaz Akhil.

“Dia mengajak saya dan isteri menyertai rombongannya sejak puasa tahun lalu. Lama juga perancangan dibuat namun April lalu barulah kami dapat melaksanakannya,” katanya.

Jelas Mawi, dia juga memanjatkan syukur kerana sepanjang melaksanakan ibadat umrah segalanya berjalan lancar termasuklah ibunya dan ahli keluarga yang lain. Turut sama 30 rombongan lain.

Menceritakan pengalamannya sewaktu berada di tanah suci, kata Mawi, dia berasa sangat tenang dan ia tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Perasaan itu diperoleh sebaik menjejakkan kaki di Jeddah.

“Sebelum pergi, perasaan saya tidak menentu. Gemuruh pun ada. Tetapi apabila sampai ke Tanah Suci, lain pula yang berlaku. Saya berasa seronok dan tidak pernah berasakan ketenangan seperti apa yang saya peroleh sepanjang mengerjakan ibadat umrah. Tiada satu pun gangguan berlaku, semuanya berjalan lancar,” katanya.

Bercerita lanjut kata Mawi, sepanjang di sana doa paling utama yang minta adalah semoga Tuhan mengampunkan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Memanglah ada juga perkara lain yang dipinta tetapi bagi saya, meminta Allah mengampunkan segala dosa saya adalah jauh lebih penting.

“Saya berasa diri benar-benar kerdil dan mengharap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2011 01:13 PM | Show all posts
Bercerita lanjut kata Mawi, sepanjang di sana doa paling utama yang minta adalah semoga Tuhan mengampunkan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Memanglah ada juga perkara lain yang dipinta tetapi bagi saya, meminta Allah mengampunkan segala dosa saya adalah jauh lebih penting.

-----------------------------------------

suka kata2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 01:13 PM | Show all posts
rudy imran ni yg sokmo komen negatif pasal mawi dedulu kan

lain dah nada dia sekarang.. manusia berubah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 01:41 PM | Show all posts
Bercerita lanjut kata Mawi, sepanjang di sana doa paling utama yang minta adalah semoga Tuhan mengam ...
niy Post at 10-5-2011 13:13

sedap jer dgr kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 01:58 PM | Show all posts
sedap jer dgr kan
dino Post at 10-5-2011 13:41



sgt sedap


panduan utk kita bila ke sana nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 02:00 PM | Show all posts
Bercerita lanjut kata Mawi, sepanjang di sana doa paling utama yang minta adalah semoga Tuhan mengam ...
niy Post at 10-5-2011 13:13



   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2011 02:05 PM | Show all posts
bagusla,,,niat baik tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 08:54 AM | Show all posts
Bercerita lanjut kata Mawi, sepanjang di sana doa paling utama yang minta adalah semoga Tuhan mengampunkan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Memanglah ada juga perkara lain yang dipinta tetapi bagi saya, meminta Allah mengampunkan segala dosa saya adalah jauh lebih penting.

“Saya berasa diri benar-benar kerdil dan mengharap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2011 09:30 AM | Show all posts
anak sedara aku terjumpa dgn mawi ms kt masjidil haram, tapi dia berseorangan je
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:13 AM | Show all posts
rudy imran ni yg sokmo komen negatif pasal mawi dedulu kan

lain dah nada dia sekarang.. manusia ...
niy Post at 10-5-2011 13:13



    agaknya si rudy ni mengganggap mawi ni berlakon naive..
but he is .. tapi sejak kawin mungkin tidak lagi.. almaklumlah dah ada advisor..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 01:46 PM | Show all posts
anak sedara aku terjumpa dgn mawi ms kt masjidil haram, tapi dia berseorangan je
balqishku Post at 12-5-2011 09:30


waktu bila tu
subuh?
siang?
isyak?


<bizibodi sungguh aku >

mak melah, ada yg nampak kat airport naik wheelchair ... eh silap... wilcha kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 04:25 PM | Show all posts
anak sedara aku terjumpa dgn mawi ms kt masjidil haram, tapi dia berseorangan je
balqishku Post at 12-5-2011 09:30



    ermm..tym tu wife die kat tmpt lain kot..xkn nk berdua je kan kt sana...**bersangka baik** hee
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 09:04 AM | Show all posts
bagus..perubahan yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 09:24 AM | Show all posts
la ingat kan ape tadi..buat umrah.. biasanye tunaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 03:43 PM | Show all posts
alhamdullilah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 03:07 PM | Show all posts
alhamdulillah...kat sana memang sentiasa tenang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 06:30 PM | Show all posts
Marilah tengok ni! Lobang dan keuntungan untuk semua!
http://goo.gl/zpgSg
http://goo.gl/zpgSg
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:15 PM | Show all posts
semoga mawi dimurahkan rezeki dan dpt anak secepatnya. amin
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 01:20 PM | Show all posts
alhamdulillah..teringin nak kesana gak tapi duit belum mencukupi..insyaallah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.153584 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list