View: 10401|Reply: 41
|
perlu ke kite ketawa secara berlebih-lebihan?
[Copy link]
|
|
dalam idup ni kite mmg perlu ketawa.. tp ketwa berlebih-lebihan tu perlu ke?
kite slalu nmpak org ketawa mengilai-ngilai.. ape motip diorg ketawa mcm tu? adakah utk menarik perhatian? ataupun sekadar ekspresi kegembiraan? kalau gembira pun.. knp mesti ketawa mcm tu?
kita tahu dalam Islam, ketawa berlebih-lebihan boleh menyebabkan ilmu hilang.. kalau dalam kesihatan pulak, mmg la ketawa tu baik utk kesihatan. tp ape pulak kesannye kalau ketawa lebih2?
ape pendapat korang.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ketawa berlebihan tu camner ek?
buleh bagi details... |
|
|
|
|
|
|
|
kak pon t yg selalu mengilai tu pon nak perhatian gak tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak ketawa itu mematikan hati dan melemahkan ingatan.
cukuplah sekadar senyum atau ketawa kecil menampakkan gigi.
pesanan untuk diri sendiri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sesungguhnya aku sungguh benci kat umat2 yang dalam group beramai2 pastu gelak kuat2 seolah2 tempat itu mereka punya. :@ |
|
|
|
|
|
|
|
saye mmg cepat rasa kelakar dengan sesuatu menda..
dulu time skolah sampai uni..saye gelak xde bunyikk...
lupe sbb ape..maybe sbb cikgu pernah kata jgn gelak bunyik kot..
skang nie baru start gelak berbunyik..tapi xde laa mengilai2..
saye rasa ketawa tue elok gak untuk senaman muka..untuk emosi yg lebih positive..
cuma jangan berlebihan mcm tuan umah cakap laa..toksah mengilai2..
kadang2 org tue bleh je gelak2 biasa...tapi sbb terlampau suka..bleh jadik sampai mengilai2 tak ingat dunia..
pastu bila dah dibiasakan...gelak mengilai tue tak bleh diubah lagik...tak bleh ditahan...tambah2 bila ade geng2 sepengilaian...lagi laa...
apepun, ketawalah seadanya..sekadar menghibur hati gitu..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ketawa jgn x ketawa...
tp jgn le ngilai-ngilai...takot...kalo mlm lg le takot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ketawa yang mengilai-ngilai kot maru-maru.....
Pernah jumpa sorang awek ni....muka iras-iras fa ...
jazaa Post at 21-5-2011 15:14
maybe die dah terbiase ketawa mcm tuh sampai dah tak blh nk control lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan dari majalah The Time menyatakan ketawa bagus untuk kesihatan.Kajian dari penyelidik dari Universiti of Maryland mendapati apabila 20 orang sukarelawan yang tersenyum dan ketawa apabila menonton rancangan komedi Kingpin, aliran darah dalam badan mereka meningkat sebanyak 22 peratus sama seperti melakukan latihan aerobic.Tapi apabila sukarelawan menonton filem yang mengandungi aksi-aksi cemas seperti Saving Private Ryan, aliran darah menurun sebanyak 35 peratus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by midory at 22-5-2011 13:11
kucing pun ketawa.. tp kenape yg blakang tu muke serius je..
mesti bengang sbb yg depan tu over sngt ketawa die.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni ade 8 kelebihan ketawa...
Mengurangkan stress-
Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.
Memperbaiki aliran dan tekanan darah-
Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.
Merupakan senaman-
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.
Meningkatkan ketahanan tubuh-
Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.
Menghilangkan kesakitan-
Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.
Meningkatkan kemahiran bersosial-
Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.
Mengurangkan agresif-
Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.
Memberi tenaga kepada organ dalaman-
Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Namun sebagai seorang Islam kita disarankan agar berpada pada apabila ketawa, Kerana terlampau banyak ketawa lain pula jadinya….
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa.
Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.
Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.
Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama Baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.
Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud: Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan. (at-Taubah: 82).
Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.
Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).”
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.
Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat.
Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri. Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.
Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.
Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yg aku perati klu awek yg ketawa kuat2 ni mmg dr spesis yg attractive tingin nk bkenalan camtu, mungkin sebab dorang ni selalu jd perhatian jd scara x langsung ingin dapatkan perhatian gitu dlm segala hal, lg pun tahap penampilan yg yakin krn maklumla dalam kategori cantik saham tinggi jd dorang x janggal ketawa kuat2 ala2 ngilai2 seram tlinga dengar
aku lak ketawa tutup mulut sebab x de gigi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagi saya ketawa berlebih lebihan sekali sekala tak apa (bukan selalu), sebab klau ikut sains mmg ketawa ni boleh bantu kita hilangkan stress |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
4 perkara yang mematikan hati :
banyak ketawa
banyak cakap
banyak tidur
banyak makan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|