CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8489|Reply: 34

Penunggu Rumah Usang

[Copy link]
Post time 8-6-2011 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mastika at 9-6-2011 10:16

         
        Kisah seram ini bermula apabila Rahid (bukan nama sebenar) ditugaskan bekerja di Taiping, Perak sekitar tahun 1980an sebagai seorang pegawai di sebuah sektor kerajaan.


    Pada awalnya dia sampai di Taiping, Rahid agak senang hati apabila dia diberi sewa oleh pihak kerajaan. Walhal rumah banglo tersebut tidak terjaga dan agak usang dengan lalang setinggi semeter dan sekitar rumah yang agak semak.

          Namun Rahid tidak mempedulikannya kerana pada fikirannya harga rumah tersebut cukup melegakan hatinya untuk berpindah di situ. Banglo 2 tingkat yang mempunyai 4 bilik itu terletak dijalan Temenggong dan agak tersorok kira-kira 10 meter dari jalan utama untuk memasuki halaman rumah tersebut.

          Pada awalnya mereka sekeluarga tinggal di situ, tiada apa-apa masalah berlaku, cuma agak sunyi kerana jarak antara rumah tersebut dengan rumah jiran mereka agak jauh. Tetapi pada minggu kedua dia sekeluarga tinggal di situ, perkara-perkara pelik mulai menggangu mereka sekeluarga. Pada mulanya ia hanyalah gangguan-gangguan kecil seperti lampu dapur yang ketikanya menyala dengan sendiri di tengah malam. Ini kerana dapur rumah tersebut agak tersorok di belakang rumah yang dikelilingi semak samun.

Mereka sekeluarga hanya membiarkan sahaja ia berlaku kerana menyangka aliran elektrik di rumah tersebut yang tidak stabil, maklumlah rumah usang yang tidak berpenghuni selama lebih 10 tahun.

       Tetapi semakin lama gangguan yang diterima semakin menyeramkan. Bermula dengan bunyi periuk berlaga sesama sendiri di dapur pada awal pagi sehinggalah bunyi hilaian ketawa perempuan yang sangat menyeramkan di atas bumbung rumah.


Tidak jauh dari banglo tersebut teradapat sebuah masjid yang bersebelahan dengan gereja kristian. Namun apa yang terjadi ialah apabila azan maghrib terdengar suara perempuan menangis di belakang rumah dan bunyi anjing menyalak tanpa henti di sekitar rumah tersebut. Padahal tidak terdapat seekor anjing pun berada di sekitarnya apabila di periksa oleh keluarga Rahid.

       Pernah suatu ketika anak bongsu Encik Rahid yang berumur 5 tahun menangis pada tengah malam sehinggalah lewat pagi. Peristiwa ini terjadi selama sebulan dan apabila isterinya memanggil seorang ustaz untuk membantunya, ustaz tersebut telah mengakui bahawa terdapat makhluk yang menyeramkan berada di atas bumbung rumah tersebut yang mengakibatkan gangguan pada anak kecil mereka.


        Isteri Rahid, Ramlah juga mengalami pengalaman seram ketika hendak ke tandas pada jam 3 pagi apabila dia tiba-tiba dikejutkan bunyi seperti ada orang sedang berlari-lari di halaman rumahnya. Ramlah tersentak dan cuba mengamati bunyi tersebut. Memang benar ianya seperti bunyi orang bermain-main di laman rumah. Kemudian, Ramlah terdengar pula bunyi seperti suara budak sedang ketawa dengan gembira.

           Peliknya...anak siapa pulak yang bermain di halaman rumah orang pada jam 3 pagi? Ramlah yang agak kehairanan cuba memberanikan dirinya untuk mengintai ke luar. Dengan perlahan, Ramlah mencapai lampu suluh dan membuka sedikit tingkap cukup sekadar untuk dirinya menjenguk ke luar. Dari celah-celah tingkap Ramlah dapat melihat dua orang budak sedang berlari-lari, berkejaran ke sana dan ke mari sambil membaling objek seperti bola. Ramlah membeliakkan matanya agar dapat melihat dengan lebih jelas dan alangkah terkejutnya dia bila mendapati ke dua-dua budak tersebut mempunyai ekor di belakangnya dan bertanduk dua di kepala mereka.
{:2_71:}

           Apa yang lebih mengejutkan adalah objek yang disangkanya bola adalah kepala bayi yang penuh dengan darah dan luka-luka di muka serta matanya terbeliak. Tiba-tiba ke dua-dua orang budak berhenti bermain dan berkomunikasi antara satu sama lain. Salah seorang budak tersebut memandang ke arah Ramlah dan menunjuk-nunjuk ke arah Ramlah.

           Rakannya yang seorang lagi turut berpaling dan memandang ke arah Ramlah. Kerana ketakutan Ramlah cuba memanggil suaminya, Rahid yang ketika itu sedang tidur di tingkat atas. Namun lidahnya terasa kelu malah kakinya juga terasa berat. Ramlah tidak mampu berbuat apa-apa kecuali hanya berdiri tegak di tepi tingkap.Dengan kepantasan yang sukar dijelaskan, kedua-dua budak tersebut tiba-tiba berada di depan Ramlah.


          Walaupun keadaan sekeliling agak gelap, Ramlah dapat melihat dengan jelas rupa ke dua-dua budak tersebut kerana muka mereka kini betul-betul berada di depan mata Ramlah. Muka mereka penuh dengan nanah dandarah membuatkan baunya sangat busuk.
         Ramlah yang ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa tiba-tiba terdengar jeritan 'Allahuakbar' dari suaminya yang mungkin terjaga kerana menyedari isterinya tiada di sisi. Serentak dengan laungan 'Allahuakbar', kedua-dua budak yang berada di hadapan Ramlah tersebut hilang sekelip mata.

Namun sehingga keesokan harinya Rahid dan isterinya menemui semula ustaz yang pernah mereka temui dulu dan ustaz tersebut menasihati agar mereka berpindah untuk mencari rumah lain.



kredit utk blog http://lifeisabigcanvas.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 09:00 PM | Show all posts
berpinau-pinau mataku....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 09:30 PM | Show all posts
kelip2 je mate nk bace......
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 10:36 PM | Show all posts
naik berair mata baru abis baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 11:15 PM | Show all posts
naik berair mata baru abis baca..
kuzaime Post at 8-6-2011 22:36



dah repair dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 11:17 PM | Show all posts
kelip2 je mate nk bace......
Cuppy Post at 8-6-2011 21:30


alahai..tomeyy je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2011 01:18 AM | Show all posts
Maaf yerk,TT..Kalau aku buat macam rumah sendirik..Sekadar nak menghias rumah nie jerk..



Rumah ber"HANTU"
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:22 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 01:31 AM | Show all posts
:re: menagis mata aku bila membaca
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:58 AM | Show all posts
ak bca skip3 last sekli ustaz tu suro pindah rumh lain...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 06:01 AM | Show all posts
haku ingat mata haku jer ada masaalah....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 08:46 AM | Show all posts
boring la nak baca cerita2 yg copy dr blog ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 08:47 AM | Show all posts
cerita pengalaman sendiri baru la syok nak baca  
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 09:28 AM | Show all posts
betullahkan??
kau MeeSai ade pengalaman ke kena kac0 antu??
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 09:41 AM | Show all posts
Salam TT..abis tu apa terjadi pada pasangan tersebut??adakah terus pindah??biarkan misteri menjadi misteri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 10:20 AM | Show all posts
Reply 15# ketotmerah


    rasanye tuan rumah tu pindah kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply 16# mastika


citer tu tergantung mcm tu sajer ker?ker ada lagi sambungan citer?
permulaan citer tu dah best..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 10:53 AM | Show all posts
Kisah seram ini bermula apabila Rahid (bukan nama sebenar) ditugaskan bekerja di  ...
mastika Post at 8-6-2011 19:29



   aku ingt cite sebenar darik TT.. baru nak merasa seram.. adeeiiiiiiii...

ending xdeee keee????
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 02:18 PM | Show all posts
ada sambungan tak?..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 02:26 PM | Show all posts
abis gituh je ke TT?
ada sambungan lagi x? sapo bebudak yg main2 tu? knp umah tuh berantu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063473 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list