CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 762|Reply: 0

[Terengganu] Larangan penuh penjualan produk vape di Terengganu bermula esok

[Copy link]
Post time 31-7-2025 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Larangan penuh penjualan produk vape di Terengganu bermula esok

BERNAMA




GAMBAR hiasan. FOTO NSTP.



Kuala Terengganu: Pelaksanaan larangan penuh terhadap penjualan semua produk rokok elektronik (vape) di semua premis perniagaan di Terengganu akan bermula esok.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Jusman Ibrahim berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis peringatan kepada semua pengusaha vape hari ini untuk menghentikan sebarang aktiviti jualan atau urus niaga berkaitan.

Beliau berkata, bermula minggu depan notis kompaun akan mula dikeluarkan kepada mana-mana pengusaha yang masih degil dan melanggar undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

"Minggu berikutnya jika masih ada lagi pihak yang berdegil, tindakan sitaan akan dilaksanakan diikuti tindakan saman mahkamah.

"Pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang enggan mengikuti peraturan ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jusman berkata, satu mesyuarat penyelarasan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan dijalankan minggu hadapan bagi memperkemas tindakan yang bakal diambil terutama dalam aspek penguatkuasaan.

Pada 23 April lepas kerajaan negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan larangan penjualan produk vape di semua premis perniagaan dalam kawasan PBT di seluruh Terengganu berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025.



Disiarkan pada: Julai 31, 2025 @ 9:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1247084/larangan-penuh-penjualan-produk-vape-di-terengganu-bermula-esok




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.149007 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list