|
Adakah anda sedang hamil atau ibu menyusu? Mungkin juga anda mempunyai anak kecil di rumah.
Tahukah anda keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat
kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi?
Dan tahukah anda bahawa Susu Kambing sebenarnya mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi
berbanding susu lembu.
Manfaat #1 : Manfaat Ibu Hamil
Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.
Manfaat #2 : Manfaat Ibu Menyusu
Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.
Manfaat #3 : Bayi dan Kanak-Kanak
Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi. |
|