View: 215|Reply: 0
|
Terengganu, NS raih tiga mata
[Copy link]
|
|
TERENGGANU hadir menyambung aksi hebat di separuh akhir Piala FA yang lalu apabila mengutip mata penuh menumbangkan Harimau Muda A 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.\rBegitupun pasukan di bawah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu yang banyak melepaskan peluang, hanya menemui jaringan awal pada minit ke-36 menerusi Abdul Hadi Yahya selepas beberapa kali cubaan jentera serangan dipatahkan pasukan tuan rumah.\r\n\n\n\n\r Terengganu yang mengekalkan momentum serangan pada babak kedua perlawanan, terus mencipta kekecewaan ke atas anak didik Ong Kim Swee apabila rembatan Mohd Ashari Samsudin (minit ke-53) dari luar kotak penalti dengan mudah memasuki gawang gol yang dijaga Muhd Zamir Selamat.\r\r\n\n\n\n\n Jaringan tunggal Harimau Muda A tiba pada minit ke-76 menerusi Mohd Ferris Danial Mat Nasir. Terengganu akan bertemu Negeri Sembilan, Ahad ini sebelum beraksi di laman sendiri melayani kunjungan tetangga, Pahang, Rabu depan.\rDi Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan menewaskan Johor FC 2-1. Gol tuan rumah dijaringkan Shahurain Abu Samah (m-7) dan Shukor Adan (m-38) sebelum pelawat meledak gol tunggal pada minit ke-51 menerusi Mohd Riduwan Ma’on.\rDi Stadium TLDM Lumut, Perak sekadar seri 1-1 bertemu Sabah. Tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti minit ke-57 oleh Shahrulnizam Mustapa tetapi Sabah menyamakan kedudukan pada masa tambahan. \rDi Stadium Darulmakmur, Pahang derita tumpas 0-2 kepada Kuala Lumpur di halaman sendiri.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|