View: 191|Reply: 0
|
Jadi Bualan: Gambit bersuara
[Copy link]
|
|
PELAKON yang pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 ini bersuara mengenai cerita yang bertebaran dalam dada akhbar dan laman portal hiburan bahawa namanya digugurkan daripada terus berlakon dalam teater muzikal 1960-an, Kenangan Mengusik Jiwa di Istana Budaya mulai 27 Mei ini. Antara alasan yang kedengaran ialah Gambit malas datang latihan termasuk gagal menyakinkan pihak produksi terhadap aspek tarian yang ditekankan kepadanya selepas beberapa kali berlatih. Wataknya kini dipegang Arja Lee. Dalam jawapannya yang diberikan kepada sebuah portal hiburan, Gambit akui jadualnya terlalu sibuk dengan komitmen seni lain serta masalah peribadi, selain akur dengan keputusan yang dibuat pihak produksi. Antara Alasan lain dia juga perlu menyiapkan klip video penyanyi, Prema Yin dan terbabit dengan penggambaran sebuah telefilem.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|