View: 143|Reply: 0
|
Jadi Bualan: Salih dapat calon isteri keempat
[Copy link]
|
|
TURUT diperkatakan sepanjang minggu lalu ialah hasrat pelakon dan pelawak, Salih Yaacob untuk berkahwin kali keempat dengan mengambil seorang gadis dikenali sebagai Emi sebagai isterinya. Pelajar ijazah sarjana muda berusia 24 tahun itu bakal melengkapkan lagi kuota isteri yang sudah dimiliki lelaki berusia 50 tahun itu. Perkahwinan mereka dijangka dilangsungkan tahun ini iaitu dijangka pada September atau November ini, namun belum tahu tarikh sebenarnya. Paparan berita ini termasuk sokongan isteri Salih menunjukkan sisi berbeza yakni betapa indah dan manisnya hidup berpoligami. Salih dalam kenyataannya sebelum ini juga bercadang menghadiahkan rumah baru untuk ketiga-tiga isteri yang terdahulu dan sebagai hantaran bagi bakal isterinya di kawasan sama iaitu di Lembah Klang. Semoga terus berbahagia buat Salih dan Emi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|