|
Lawak bertema akan dikembalikan bagi menjaga prestasi pesertaTEMA bebas yang diberikan kepada peserta program realiti Maharaja Lawak minggu kelapan nyata tidak membawa sebarang kelebihan apabila pihak juri bersepakat meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap persembahan yang ditonjolkan. \rPerkara ini dinyatakan sendiri wakil juri, Ahmad Idham, yang jelas kecewa apabila kandungan bahan lawak yang ditampilkan adalah klise dan terlalu banyak unsur pengulangan.\r\n\n\n\n\rKata Idham, tujuan pihak produksi dan juri memberikan tema bebas kepada peserta adalah untuk mencungkil lebih banyak kreativiti serta memberikan peluang kepada peserta menguji sejauh mana keupayaan untuk mempelbagaikan lawak mereka. Malangnya, apa yang diharapkan juri tidak berlaku malam Jumaat lalu.\r\r\n\n\n\n\n“Saya tak nafikan persembahan Jozan dan Jambu cukup menyerlah. Namun kalau kita lihat, penonjolan lawak seperti suntikan jarum dan situasi di klinik itu sudah biasa dilihat, manakala Jambu pula sebelum ini sudah biasa bermain dengan lawak berkaitan lagu serta ada twist di penghujung lawak.\r“Mungkin pendekatan lawak mereka berbeza, tetapi cara mereka menonjolkan lawak itu masih sama dan ada unsur pengulangan. Jadi kami rasakan tema bebas yang diberikan minggu ini gagal menyerlahkan kreativiti peserta untuk meneroka unsur lawak dengan lebih meluas lagi,” tegas Idham ketika ditemui sejurus siaran langsung program Maharaja Lawak di Studio FINAS berakhir.\rBagaimanapun, persembahan terbaik malam itu menjadi milik kumpulan Sepah kerana selain mempunyai unsur kemelayuan yang cukup kuat, mereka juga sering tampil dengan lawak yang bersahaja serta berbeza setiap minggu.\rTidak mahu prestasi peserta terus menurun, juri serta pihak produksi merancang untuk mengembalikan semula lawak bertema seperti yang pernah mereka lakukan sebelum ini.\r\n\n\n\n\r“Apabila ada lawak yang bertema, persembahan mereka akan lebih fokus. Untuk minggu ini, kami akan menggandingkan mereka dengan pelawak dari generasi lama dan juga baru. Ini adalah cabaran buat mereka untuk tampil lebih kreatif dan mampu mengetengahkan idea lawak yang lebih lucu dan menghiburkan,” katanya.\rSelepas undian ditutup, keputusan malam itu menyaksikan Jambu dan Jozan berkongsi markah iaitu 57 peratus, Sepah (52 peratus), R2 (50 peratus), Nabil (49 peratus), Balas (43 peratus) dan Man (29 peratus). Keputusan itu nyata cukup mengejutkan kerana buat pertama kalinya juara Raja Lawak musim kedua, Nabil menduduki senarai tiga terbawah.\r“Mungkin bagi sesetengah peminat, kedudukan Nabil di tiga tempat paling bawah satu kejutan, tetapi tidak bagi saya. Sudah dua minggu saya nyatakan pada Nabil dia perlu meningkatkan persembahan kerana pada peringkat sekarang, siapa yang lebih mantap persembahannya, dialah yang akan diundi penonton. Jadi jangan cepat berasa selesa,” ujar Idham.\rR2 diserap masuk, Man tersingkir\rMENGULAS penyingkiran mereka pada minggu peserta dikehendaki menampilkan lawak berkonsepkan muzikal, kumpulan R2 yang dianggotai Lopez dan Along pernah menyatakan mereka tidak pandai berlawak dan kerana itulah jangka hayat di dalam program itu tidak lama.\rBagaimanapun, itu hanyalah kata-kata mereka. Bagi peminat kumpulan dari Selangor ini, R2 sebenarnya ada keistimewaan tersendiri dan disebabkan itulah mereka berjaya diserap kembali ke dalam program itu menerusi undian masuk, yang diperkenalkan pada minggu ketujuh.\r“Apabila mendapat tahu kami diberi peluang beraksi kembali di dalam program ini, kami memang sangat terkejut kerana kami menyangkakan Amir yang akan berjaya. Walaupun kami pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, iaitu tidak pandai berlawak, namun dengan adanya sokongan peminat, kami berjanji akan memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan akan datang,” kata Along atau nama sebenarnya Rahim Mati Ali.\rR2 mencatat sejarah tersendiri apabila mendapat undian sebanyak 51,134 menerusi undian yang dibuat di laman Facebook.\rSementara itu, Man yang menampilkan lawak berkonsepkan Selamat Hari Atuk memberitahu, dia bagaikan sudah menjangka malam itu ialah malam terakhirnya di pentas Maharaja Lawak.\r“Bukan mudah untuk berlawak seorang diri berbanding peserta berkumpulan. Perkara itu sendiri membuatkan saya sudah dapat mengagak yang saya tidak mampu bertahan lama. Lagipun saya sedar persembahan saya tidaklah sehebat mana. \rApapun saya bersyukur kerana berjaya sehingga ke tahap ini,” kata Man yang akan berlakon dalam drama bersiri arahan Ahmad Idham sebaik saja keluar daripada program ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|