CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Lapan tahun menunggu

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Syafinaz tanggung risiko hasilkan album pop klasikalLAPAN tahun bukanlah jangka masa yang singkat, namun itulah tempoh yang terpaksa dilalui penyanyi tinggi lampai, Syafinaz Selamat, menantikan kemunculan album terbarunya yang masih lagi dalam pembikinan. Selepas album Syyh... Syafinaz yang dipasarkan sekitar 2002, tiada lagi kedengaran penyanyi kelahiran Batu Pahat, Johor ini muncul dengan buah tangan terbaru.\rApa yang dapat dilihat, selain sibuk dengan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Syafinaz juga terbabit sebagai pengarah koir kumpulan Permata Seni serta pernah bergelar juri pertandingan realiti seperti One In A Million dan Akademi Fantasia.\r\n\n\n\n\rDisebabkan terikat dengan tuntutan itu, hasrat untuk muncul dengan album terbaru terpaksa ditangguhkan terlebih dulu. Begitupun, bukan saja kesibukan yang menghalang penyanyi ini untuk kembali merancakkan industri rakaman dengan kehadiran album terbaru, tetapi keadaan pasaran yang tidak menentu juga menjadi punca mengapa dia sanggup ‘berehat’ seketika daripada memasuki studio rakaman.\r\r\n\n\n\n\n“Dalam tempoh itu sebenarnya, saya juga berada dalam dilema sama ada mahu mengeluarkan album ataupun tidak. Melihat kepada apa yang berlaku terhadap industri muzik ketika ini, saya akui pasaran album tidak begitu memberangsangkan. Namun saya tidak menyalahkan penggemar muzik tanah air 100 peratus terhadap apa yang berlaku.\r“Barangkali mereka sudah jemu apabila disogokkan dengan muzik yang sama. Disebabkan itulah mereka lebih menghargai karya dari luar. Situasi seperti ini membuatkan saya terpanggil untuk menghasilkan album yang konsepnya sedikit berbeza dengan apa yang pernah saya lakukan. Mungkin ada yang pernah mendengar khabar kononnya saya akan merakamkan album klasikal.\r“Sebenarnya bukan album klasikal, tetapi ia masih bernuansa pop. Cuma cara nyanyian dan muziknya mempunyai elemen klasikal. Album ini mengandungi lapan lagu dan saya sudah merakamkan enam daripadanya. Antara komposer yang terbabit dalam pembikinan album ini ialah Dennis Lau, Raja Shah dan Hafiz Haskiah yang menyumbangkan lagu kasihku Selamanya,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun keempat Mandalay di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Khamis lalu.\rJelas Syafinaz lagi, walaupun mengakui pasaran untuk album seperti itu agak kecil berbanding konsep komersial lain, namun dia sanggup menanggung risiko.\r\n\n\n\n\r“Saya tak kisah berdepan dengan risiko kerana saya tahu muzik yang akan saya perkenalkan nanti tetap mempunyai peminat yang tersendiri. Kalau kita yang tidak membuat perubahan, sampai bila-bila penggemar muzik tempatan akan berada di takuk lama. Lagipun, kebanyakan mereka yang mendengar nyanyian saya terdiri daripada golongan atasan dan mereka inilah yang cukup menghargai muzik seperti ini,” katanya.\rSelain lagu berbahasa Melayu, album ini juga menyaksikan Syafinaz menyampaikan nyanyiannya dalam bahasa Inggeris, Jerman dan Perancis.\r“Saya juga akan menyanyikan kembali lagu klasikal yang pernah dicipta Mozart, tetapi saya ubah susunan muziknya supaya kedengaran lebih pop namun masih memelihara melodi asal,” katanya yang masih berbelah bagi sama ada mahu mengeluarkan album ataupun single terlebih dulu bagi mengubat kerinduan peminat.\rPasangan sehati sejiwa\rBUKAN saja menyambut ulang tahun keempat jenama Mandalay milik mereka, tetapi majlis penuh gilang-gemilang dan glamor itu turut meraikan ulang tahun ke-20 perkahwinan pasangan sehati sejiwa ini. Bertemakan jingga, pada majlis serampang dua mata itu, pasangan Sin Cheang Loong dan isterinya Winnie Sin kelihatan cukup gembira apabila majlis penuh bermakna itu diraikan sahabat handai, pelanggan dan juga media, yang selama ini banyak menyokong perniagaan mereka.\rSebelum acara memotong kek bermula, sempat juga pengacara majlis, Bill Bora, bercerita secara ringkas mengenai latar belakang pasangan ini yang ternyata amat disenangi ramai atas kejujuran dan keikhlasan mereka dalam menjaga erti persahabatan. \rTetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh juara Bintang Idola Berita Harian ke-3, Azhar Osman, Jaclyn Victor, Deja Moss, Shila Amzah dan Syafinaz Selamat.\rPersembahan hebat itu nyata berjaya memukau kebanyakan mereka yang menyaksikannya kerana masing-masing cuba mempamerkan kemantapan vokal yang ampuh. Kehadiran diva dari Hong Kong, Maria Cordero pula bukan saja mencuit hati dengan telatahnya ketika berada di pentas, malah nyanyiannya yang mantap dan bertenaga turut menghiburkan mereka.\rSebagai tanda kenangan, cenderahati berupa kek yang diletakkan di dalam bekas lut cahaya diberikan kepada tetamu untuk dibawa pulang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051153 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list