View: 113|Reply: 0
|
Belasungkawa: Tidak pernah berkira
[Copy link]
|
|
Cinta Mahyon kepada lakonan kekal hingga ke akhir hayatTIADA pesan ditinggalkan, cuma kenangan bersamanya yang abadi selama-lama. Pemergian itu berlaku terlalu pantas, keadaannya sihat tetapi sebagai insan yang lemah, tiada siapa mampu menepis kehadiran ajal. \rSudah tertulis Mahyon atau nama sebenarnya Mayayon Ismail akan meninggalkan dunia yang fana ini tanggal 21 Mei, tepat jam 12.30 tengah hari. Ajal tiba tidak terawal dan tidak juga terlewat walau seminit pun.\r\n\n\n\n\rDilahirkan di Selangor kira-kira 69 tahun yang lalu, beliau meninggalkan tiga cahaya mata, Dilla, Fairuz dan Faizal, hasil perkongsian hidup bersama lelaki yang turut terbabit dalam bidang seni iaitu Allahyarham Hussein Abu Hassan. Hussein bagaimanapun sudah terlebih dulu kembali ke rahmatullah, kira-kira empat tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\nKenangan terakhir bersama wanita penyayang pasti akan dikenang sampai bila-bila oleh anaknya. Masih terbayang bagaimana berselera arwah menjamah makanan sejak dua minggu lalu, sedangkan dia terlalu menjaga soal pemakanan tanpa mengetahui bahawa itu petanda dia akan meninggalkan mereka.\rKeadaannya yang sihat walafiat serta mampu berjalan membeli keperluan dapur dua hari sebelum meninggal dunia lebih membuatkan anak-anaknya sukar mempercayai ibu mereka sudah tiada. \rAllahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri setelah mengadu sesak nafas. Sebaik saja dimasukkan ke hospital kira-kira jam 10 malam, beliau terus koma dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Bagaimanapun beliau tidak mampu lagi diselamatkan setelah mengalami komplikasi paru-paru.\rMahyon melangkah ke dunia seni pada era 60-an dengan penampilannya sebagai pelakon pembantu dalam filem Nasib Do Re Mi. Sepanjang pembabitan Allahyarham dalam bidang seni, arwah banyak diberikan watak pelakon pembantu.\r\n\n\n\n\rHampir 10 tahun bergelumang dalam dunia lakonan, barulah Allahyarham berpeluang memegang peranan utama dalam filem Bunga Padi Berdaun Lalang pada 1975, bersama suaminya. Filem itu diterbitkan Merdeka Film Production Sdn Bhd di mana skripnya ditulis Kalam Hamidy, manakala lakon layar pula oleh Hussein sendiri.\rSelain itu, Mahyon juga pernah membintangi filem Tiada Esok Bagimu, Pagar-Pagar Cinta, Gila-Gila Remaja, Syukur 21 dan Cinta 200 Ela. Ke semuanya sebagai watak pelakon pembantu. \rCintanya pada dunia lakonan juga tidak pernah sekali pun terpadam biarpun cuma diberikan watak sokongan. \rMeskipun semakin dimamah usia, Mahyon masih terus berlakon. Malah beliau baru selesai menjalani penggambaran drama Terapah Bulan Madu minggu lalu terbitan Skop Productions, bukti cintanya pada dunia lakonan sehingga hujung nyawa.\rDikebumi sebelah suami\rDILLA menyifatkan pemergian ibunya sebagai terlalu awal. Khamis lalu, dia masih sempat membeli-belah dan meluangkan masa bersama ibunya. Arwah tidak menunjukkan sebarang tanda sakit, justeru dia amat terkejut dengan pemergian ibu tercinta.\r\"Saya tidak sangka ibu akan meninggalkan kami secepat ini. Khamis lalu, saya dan Ayang membawa arwah membeli barangan keperluan dapur bersama. Bagaimanapun pada Jumaat malam, arwah mengadu sesak nafas, jadi kami pun membawanya ke klinik tetapi kami diarahkan membawa arwah ke hospital kerana keadaan gulanya yang tinggi.\r\"Kami tak menyangka sebaik dimasukkan ke hospital, ibu terus koma sehinggalah dia meninggal dunia tengah hari tadi. Ibu tidak menunjukkan sebarang tanda, tetapi saya perasaan sejak beberapa minggu dia amat berselera makan. Padahal sebelum ini dia sangat menjaga pemakanannya. \r\"Sejak akhir-akhir ini juga ibu sentiasa lapar, setiap dua jam dia akan berasa lapar dan mahu makan. Ibu juga teringin makan ikan terubuk masin masak lemak cili api. Jadi saya pun sediakan untuknya,\" kata Dilla mengimbau kenangan terakhir bersama arwah.\rKini dunia seni kehilangan sebutir lagi permata setelah Allahyarham Mahyon Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak selepas solat Asar, kelmarin. Mahyon disemadikan bersebelahan pusara suaminya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|