CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

FAM minta FIFA lembut hati

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Tengku Abdullah cadang ubah gelanggang jika Indonesia digantung\rTIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan ia satu kerugian besar buat bola sepak rantau ini andai acara berkenaan tidak terselit dalam Sukan SEA di Indonesia November ini.\r\n\n\n\n\r   Dan jika benar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal bertindak menggantung tuan rumah, Indonesia beliau akan membangkitkan isu panas itu dalam mesyuarat Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada 17 Julai ini.\r\r\n\n\n\n\n  Cadangan itu antaranya akan meminta acara popular itu tetap dihoskan oleh negara jiran Asean serta dijadikan suatu acara yang berasingan.\r“Saya harap Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) tidak akan digantung oleh FIFA demi kebaikan bola sepak rantau ini,” titah Tengku Abdullah, semalam. “Saya harap mereka (PSSI) akan rayu kepada FIFA.\r“Ini adalah masalah organisasi, bukan masalah pemain. Yang menjadi mangsa ialah bola sepak. Saya harap FIFA akan memberi masa kepada organisasi berkenaan  menyelesaikan masalah dalaman mereka.\r“Jika terpaksa menganjurkan acara ini di luar Indonesia, teruskan supaya semangat ini tidak hilang.” \r\n\n\n\n\rTengku Abdullah bertitah demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai penggantungan FIFA ke atas PSSI yang bakal menyaksikan bola sepak digugurkan daripada temasya dwi tahunan itu November ini.\rMasalah dalaman PSSI yang membawa kepada penggantungan itu tercetus apabila badan induk bola sepak negara berkenaan gagal memenuhi ketetapan FIFA supaya memilih jawatankuasa pimpinan baru pada Jumaat lalu.\rAkibatnya, FIFA dijangka akan menggantung Indonesia daripada sebarang aktiviti bola sepak antarabangsa termasuk pusingan kelayakan Piala Dunia dan Sukan SEA. \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.233741 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list