View: 100|Reply: 0
|
Jawablah! Faktor kewangan punca saya letak jawatan
[Copy link]
|
|
Presiden nafi berlaku pergolakan dalam FDAM\rPERSATUAN Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bergolak lagi. Itulah berita terbaru yang ditulis dalam ruangan pojok Jeling Kak Pora seperti yang tertera dalam akhbar sisipan B*POP Ahad lalu. Menurut tulisan Kak Pora, pergolakan FDAM disebabkan Presidennya, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London sudah meletakkan jawatan.\r\n\n\n\n\rTurut mengikut jejak langkahnya ialah Timbalan Presidennya, Yoki Chin. Tertanya-tanya juga krisis apakah yang berlaku sehingga dua pemegang tampuk pemerintahan FDAM bertindak nekad seperti itu. Kalau mengikut alasan yang tertera dalam artikel itu, ia ada kaitan dengan masalah peribadi yang tidak wajar didedahkan kepada umum.\r\r\n\n\n\n\nTidak mahu terus berteka-teki, Hip menghubungi Mat London untuk mengetahui cerita sebenar. Sambil memperbetulkan kenyataan Kak Pora yang mendakwa FDAM tidak banyak menjalankan aktiviti, dia juga mengaku sudah lama merancang untuk melepaskan jawatannya.\rTanpa sebarang krisis ataupun desakan mana-mana pihak, kata Ahmad, tujuannya menarik diri daripada terus menjadi pemimpin persatuan itu adalah kerana mahu menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap kerjaya sebagai pengarah yang selama ini menjadi sumber periuk nasinya.\rHip: Betulkah Abang Mat sudah melepaskan jawatan sebagai presiden FDAM seperti yang ditulis dalam artikel berkenaan?\rMat London: Memang sudah lama saya merancang untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden. Tapi tindakan saya itu tidak ada kena mengena dengan desakan sesiapa ataupun krisis dengan mana-mana pihak, sebaliknya saya cuma mahu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja pengarahan. Terus terang, saya mengalami masalah kewangan yang serius dan saya perlu bekerja. Lagipun sekarang ini tawaran untuk saya mengarahkan drama bersiri datang mencurah-curah dan saya tidak harus melepaskan peluang itu.\r\n\n\n\n\rHip: Tetapi, rasanya sebelum ini Abang Mat tidak ada masalah untuk membuat dua kerja dalam satu masa?\rMat London: Itu memang betul, tapi selepas memikirkan tawaran yang datang, saya rasa cukuplah setakat ini saja khidmat bakti saya untuk persatuan ini. Selama 10 tahun saya dalam persatuan ini, sesen pun saya tak dapat bayaran. Justeru, apabila faktor kewangan mendesak ditambah adanya peluang yang diberikan, jadi saya terpaksa juga melepaskan jawatan berkenaan. Berkenaan Timbalan Presiden Yoki Chin yang juga melepaskan jawatannya itu, saya dimaklumkan beliau baru saja dilantik memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Syarikat Post Produksi dan Animasi Malaysia (Postam). Mengikut perlembagaan persatuan, mereka yang mempunyai jawatan lain dalam persatuan yang berbeza hendaklah melepaskan satu daripada jawatan berkenaan dan Yoki memilih untuk meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden FDAM.\rHip: Kenapa tidak dibuat mesyuarat agung secepat mungkin untuk mencari pengganti?\rMat London: Buat masa ini saya masih lagi Presiden dan memandangkan khidmat saya masih diperlukan, saya diminta oleh jawatankuasa untuk berbuat demikian pada mesyuarat agung yang akan datang. Mungkin pada bulan Oktober atau November depan.\rHip: Mungkin Abang Mat ada sesiapa yang terlintas dalam fikiran untuk menggantikan tempat sebagai presiden FDAM?\rMat London: Ketika ini orang yang terlintas dalam fikiran saya ialah Othman Hafsham. Untuk memegang tampuk sebagai Presiden FDAM, pada saya individu itu haruslah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pembikinan iklan, filem dan juga video kerana kebanyakan anggota persatuan ini ialah penggiat kepada tiga bidang itu. Calon itu juga perlu pandai berbahasa Inggeris kerana kita juga akan terbabit dalam seminar atau forum yang membabitkan persatuan serupa dari luar negara seperti Thailand, Filipina dan sebagainya. Jadi berdasarkan kepada ciri-ciri yang perlu ada ini, saya rasakan Othman Hafsham ialah orang yang paling layak menggantikan saya.\rHip: Khabarnya Abang Mat tak puas hati dengan artikel yang ditulis Kak Pora. Tolong jelaskan.\rMat London: Saya tak kisah dengan cerita pergolakan FDAM dan juga isu peletakan jawatan, tetapi apa yang membuat saya marah adalah apabila penulis itu mengatakan FDAM tidak banyak mengadakan aktiviti. Baru-baru ini kami baru saja mengadakan Forum Sastera: Hikayat Merong Mahawangsa Adaptasi Sastera Klasik ke Filem yang berlangsung di Dewan bahasa dan Pustaka. Bulan lalu, kami juga menganjurkan sebuah bengkel untuk penolong pengarah yang diadakan di FINAS. Kehadiran amat memberangsangkan. Jadi apabila persatuan kami didakwa tidak aktif, saya sangat marah dan kecewa kerana ia seolah-olah cuba untuk mencalarkan reputasi saya sebagai seorang ketua.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|