|
Album terbaru, Luahan Hati kurang sokongan stesen radio \rNAMA Lan, Randi, Aman dan Acap sebagai anggota Kristal, namun mungkin ramai yang tidak tahu kumpulan terbabit baru saja melancarkan album baru mereka berjudul Luahan Hati pada Disember lalu.\r\n\n\n\n\rTetapi apa yang mengecewakan mereka, lagu-lagu yang dimuatkan dalam album itu tidak pula disiarkan di stesen radio swasta berbanding lagu saduran atau cover version.\r\r\n\n\n\n\nPelbagai alasan diberikan pihak stesen radio yang enggan memutarkan lagu terbaru mereka itu sekali gus menyukarkan promosi album ke-10 kumpulan Kristal.\r“Antara sebab album ini tak dapat sambutan mungkin tidak mendapat sokongan daripada stesen radio. Memang ramai yang tidak tahu Kristal sudah keluar album baru, tetapi beberapa stesen radio utama keberatan nak siarkan lagu lagu kami.\r“Selalunya alasan yang diberikan sama saja tunggu giliran tapi sampai sekarang masih lagi tak dimainkan lagu-lagu kami. Hanya beberapa stesen radio yang menyiarkan lagu daripada album terbaru kami seperti Muzik FM, KL FM dan THR,” kata vokalis kumpulan itu, Lan.\rBagi Kristal, selain media cetak, stesen radio adalah medium terbaik untuk mempromosikan album mereka tetapi disebabkan sikap enggan memutarkan lagu-lagu mereka mungkin mematahkan semangat anak muda ini dalam menghasilkan album seterusnya.\r\n\n\n\n\rAlbum yang memuatkan 11 lagu berentak balada dan rancak ini adalah percubaan terbaru mereka bagi mengurang lagu berentak heavy rock.\rMungkin disebabkan ada beberapa perkara dalaman di stesen radio swasta menjadi penyebab lagu mereka tidak diberi laluan untuk ke udara bagi menambat hati pendengar.\r“Lagu baru dimainkan di radio akan menarik pendengar baru disamping mengekalkan pengikut kami sendiri.\r“Kalau tidak dimainkan orang tak tahu yang kami ada album kecuali peminat kami sendiri dan kalau kami buat show orang tak tahu itu lagu kami,” katanya.\rMeskipun kecewa, anggota Kristal mengharapkan diberi peluang untuk mempromosikan album terbabit bagi merancakkan lagi penjualan album mereka.\rSelain album, kumpulan ini turut menampilkan anggota baru, Acap pemain dram bagi menggantikan anggota lama yang meninggalkan kumpulan itu.\rMalah turut memuatkan instrumen muzik baru iaitu keyboard dalam lagu mereka bagi menampilkan kelainan dari segi album mereka sebelum ini.\rJika dulu Kristal pernah menghasilkan album berentak 60-an, kini Kristal mempunyai perancangan untuk menghasilkan album 60-an 2 berduet bersama beberapa penyanyi lama.\r“Itu masih di peringkat cadangan dan kalau jadi kita akan berduet dengan artis seperti Datuk Ahmad Jais, A Rahman Onn, L Ramli dan ramai lagi,” katanya.\rMedan promosi album \rWalaupun tidak mendapat tempat di stesen radio, kesempatan yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan dalam menjayakan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, Sabtu ini adalah lokasi terbaik bagi mempromosikan album mereka.\rMalah, album yang disasarkan kepada golongan belia itu juga dijangka mendapat sambutan pada perhimpunan itu nanti.\r“Kami akan mempersembahkan lagu-lagu hit dulu selain lagu baru tetapi kami tukar sikit susunan muzik supaya lebih menarik dan kekalkan konsep hard rock dalam persembahan. Ini kali pertama persembahan selepas Sarawak,” kata Lan.\rGandingan Kristal dan Hujan selama sejam setengah itu dijangka akan menggegarkan konsert di Putrajaya itu nanti bermula jam 4 petang.\rSelain mereka, artis yang turut terbabit menjayakan konsert itu nanti, Nadia AF6, Farawahida, Azlan & The Typewriter dan Super Junior yang akan membuat persembahan di sebelah malam. \rSelain konsert, sebanyak 220 aktiviti disediakan penganjur sepanjang himpunan itu yang akan bermula 27 hingga 29 Mei ini termasuk pertandingan karaoke, pertunjukan wayang pacak, pertandingan belia lawak, lorong seni dan pelbagai lagi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|