|
SEBUAH kumpulan yang muncul dari arena bawah tanah khabarnya kini sudah mula bergolak, gara-gara anggotanya sukar untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap karier muzik dan masa depan kumpulan itu.\rCerita ini sampai ke telinga Cik Normah beberapa hari lalu, ketika kami duduk makan-makan sambil bersembang mengenai dunia hiburan tempatan. Alih-alih keluar pula cerita mengenai kumpulan yang boleh dianggap popular ini, kononnya sekarang mula dilanda konflik.\r\n\n\n\n\rEntahlah, mungkin Cik Normah yang tidak perasan perkara sebenar kerana pada penglihatan Cik Normah, kumpulan itu nampak baik saja. Tidak kelihatan pun apa-apa masalah atau bibit-bibit perpisahan antara mereka.\r\r\n\n\n\n\nYalah, sepanjang pengamatan Cik Normah, walaupun mereka tidak lagi sekencang beberapa tahun lalu, namun tetap juga laris diundang mengadakan persembahan. Malah, ada ketikanya mereka muncul di tempat sama membuat persembahan selang seminggu. \rKalau kencang macam tu, kenapa pula timbul cerita kononnya mereka berdepan konflik dalaman? Kata teman Cik Normah, anggotanya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada kumpulan berkenaan kerana banyak terbabit dengan agenda lain.\rApabila difikirkan balik alasan diberikan teman Cik Normah itu, memang ada juga kebenarannya. Cik Normah perasan juga, seorang daripada anggotanya agak aktif membabitkan diri dalam beberapa perkara tidak membabitkan kumpulannya. Malah, ada masanya dia tidak dapat datang untuk sesi promosi kumpulan sendiri kerana kesibukannya di tempat lain.\rSayang juga kalau mereka tidak lagi bersama kerana bagi Cik Normah, kumpulan ini mempunyai keunikan muzik mereka sendiri. Tetapi memang kata orang, bergerak secara berkumpulan memang banyak dugaannya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|