CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

Mesti Tonton: Kisah kelakar dua beradik

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Sekuel Wimpy Kid sarat pengajaran, mesej berguna\rINFO\r\n\n\n\nFilem: Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules\rGenre: Komedi\rRating: PG 13\r\n\n\n\n\nPengarah: David Bowers\rPelakon: Zachary Gordon, Robert Capron, Rachael Harris, Devon Bostick dan Steve Zahn\rTayangan: Mulai 26 Mei\rFILEM Diary of A Wimpy Kid arahan David Bowers kini kembali dengan edisi kedua yang bertajuk Rodrick Rules. Filem diadaptasikan daripada buku popular tulisan Jeff Kinney ini lebih menyerlah berbanding edisi pertama, Greg Heffley\'s Journal.\rMesej kekeluargaan disampaikan nyata memberi kekuatan kepada filem yang pada hakikatnya dibikin sebagai hiburan ringan ini. \r\n\n\n\n\rIa berkisar cubaan dan cabaran memperbaiki hubungan antara adik beradik antara Greg, lakonan Zachary Gordon dan Rodrick (Devon Bostick).  Kewujudan konflik antara dua beradik ini menjadi fokus utama dalam cereka ini. \rPelbagai ujian terpaksa Greg harungi dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar Gred Tujuh dan adik kepada Rodrick, abang yang sentiasa memandang rendah terhadap keupayaannya. Seperti filem pertama, Greg berharap Gred Tujuh membuka lembaran baru dalam hidupnya berbanding Gred Enam yang penuh dugaan. Namun perwatakannya yang lemah dan bertubuh kecil, ia membuatkan dirinya sentiasa ditindas. \rGreg juga masih bergaul dengan beberapa kawan yang digelar sebagai ‘geek’, di mana teman baiknya, Rowley (Robert Capron) berhasrat menjadi ahli silap mata itu kurang disenangi rakan sekelas. Lebih malang, mereka menganggap kewujudannya seperti halimunan.\rFilem ini turut menampilkan pelajar baru, iaitu gadis comel berambut perang, Holly Hills, lakonan Peyton List yang mencuri perhatian Greg. Kanak-kanak itu berusaha meraih minat, Holly namun usahanya sering kali gagal.\rDi rumah pula, Rodrick sentiasa membuli dan mengejek adiknya, namun ibu mereka (Rachael Harris)  berharap kedua-duanya dapat berbaik antara satu sama lain, menggunakan kaedahnya yang tersendiri. Di sinilah bermulanya detik kerjasama antara mereka demi merealisasikan impian ibu.\rSementara itu, Greg yang penakut sering menjadi bahan ketawa. Begitu juga pelbagai aksi lucu terbit daripada gelagatnya yang memalukan seperti berlari dengan hanya berseluar dalam di sekitar rumah orang tua ketika melawat datuknya dan juga apabila dia menghantar tugasan lisan yang pernah diserahkan abangnya, dengan memperoleh Gred F.\rNamun, bukan sekadar babak mencuit hati, adegan menyentuh perasaan juga dipaparkan apabila Greg merelakan dirinya dimalukan di depan orang ramai demi kegembiraan si abang, walaupun dia sedar Rodrick tidak pernah melayannya dengan baik. Bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus, demikian jugalah hubungan persaudaraan. Di sebalik kekeruhan, terselit sifat kasih sayang antara dua beradik. Rodrick hanya melakukan apa yang seorang abang perlu lakukan kepada adiknya.\rBiarpun filem ini mempunyai plot mendatar, ia masih mampu menggeletek hati terutama penonton cilik. Filem sepanjang sejam 40 minit ini memaparkan drama ringan yang sememangnya sesuai buat tontonan seisi keluarga, apatah lagi pada suasana musim cuti sekolah yang sudah bermula. Bukan sekadar hiburan mengisi masa lapang, sebaliknya pesanan disampaikan cukup bermakna. \rCarta Pecah Panggung \r1 - Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides\r2 - Nur Kasih The Movie\r3 - Kongsi\r4 - Fast And Furious 5\r5 - Priest\r6 - Insidious\r7 - Thor\r8 - Paul\r9 - Punished\r10 - Engeyum Kadhal

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049694 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list