|
1. Hafiz bergaduh \rPALING menjadi sebutan dan paparan minggu lalu ialah mengenai cerita gempar Juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh, Hafiz. Penyanyi yang dikatakan sedang dalam fasa bercinta dengan naib juara AF musim kelapan, Adira itu dikatakan bengang dengan seorang wanita yang dilabelkan kononnya sebagai pengkid dan pernah dikaitkan dengan Adira. Pengkid itu juga pernah bertugas sebagai pembantu peribadi Adira. \r\n\n\n\n\rInsiden naik hantu terjadi membabitkan Hafiz dan pengkid itu ketika rakaman program bual bicara, Salih Yaacob, I Follow (terbitan Global Station Sdn Bhd) yang berlangsung di Filem Negara Malaysia (FNM), Petaling Jaya. Dikatakan berlaku perang mulut hingga Hafiz dikatakan tidak mampu menahan kesabarannya lalu menolak Z. Motif pergaduhan ini berlaku kononnya juga disebabkan masing-masing berebut wanita sama yakni Adira. Macam-macam hal...\r\r\n\n\n\n\n2. Elyana tak hadir \rKISAH penyanyi lagu Niat dan Tak Tercapai Akalmu ini turut mengundang perhatian ramai pihak apabila Elyana tidak muncul pada majlis ramah mesra mempromosikan single terbarunya, Sewaktu Dulu Dulu bersama syarikat rakaman FMC di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay. Difahamkan hal itu menyebabkan Pegawai Perhubungan Awam (PRO) syarikat terbabit sudah panas punggung apatah lagi rakan media yang diundang memenuhi tempat duduk. Alasan Elyana tidak dapat hadir dikatakan berpunca kerana tidak memiliki pakaian sesuai berikutan dia mengandung lima bulan. Masalah ini diselesaikan dengan permohonan maaf bukan daripada Elyana sebaliknya daripada suami, Khairul Anuar Hussin dan ibu Elyana sendiri. Mungkin Elyana boleh bersuara dan memberikan kenyataan daripada pihaknya pula selepas ini. Difahamkan juga berlaku sengketa daripada PRO dan Elyana yang sudah lama tidak berpuas hati dengan perangai masing-masing.\rAlyah nafi bertunang\rINDUSTRI hiburan juga dikejutkan cerita penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Kisah Hati ini dilaporkan sudah mahu bertunang hujung tahun ini. Lelaki yang dikatakan bertuah menghiasi kamar hati Alyah ini orang biasa yang dikatakan berasal dari kampung kelahirannya, Gelang Patah, Johor Bahru. Sebelum ini, Alyah pernah gagal beberapa kali dalam episod percintaannya. Namun, sepanjang mengenalinya tak pernah pula Alyah bercerita kisah mahu bertunang.\r\n\n\n\n\rMenerusi mesej dihantarnya menerusi Blackberry Messenger, Ahad lalu, Alyah hanya memberi kenyataan: “Kalau ya, Alyah beritahu.” Kemudian selepas menghubungi Alyah, dia menafikan perkara terbabit. Malah keluarga dan rakannya pun terkejut dengan gosip itu. Sebelum ini Alyah memang pernah bertunang. Kisah digosipkan bertunang ini menurut Alyah sudah beberapa kali dilaluinya.\r3. Cinta Fasha, Jejai bertaut kembali?\rNAMPAKNYA selepas tersebar kisah cinta Diana Danielle dan pengarah filem Kongsi, Farid Kamil, yang bertebaran kini ialah cinta Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai juga dikatakan kembali bertaut. Ada cerita di angin lalu mengatakan Jejai sudah menghadiahkan seutas jam tangan mewah kepada Fasha sebagai tanda meminta maaf dan mahu berbaik semula. Sebelum ini pun Fasha dalam temubual bersama B*POP sudah dihidu bertemu pengganti Jejai. Malah, ada yang mula menebak lelaki yang kembali bertakhta dengan pemilik Chinta Hair Saloon & Beauty di Wangsa Maju itu ialah Jejai. Fasha pun sebenarnya lebih suka mengalih perhatian membicarakan soal kerjaya berbanding peribadi. Jejai diketahui umum adalah bekas suami kepada pelakon Nora Danish. Nora juga dikatakan sedang mengenali hati budi seseorang selepas ini. Bagaimanapun masih terlalu awal untuk menilai hubungan itu. \r4. Kongsi dapat sambutan hebat\rWALAUPUN ada yang cuba mempertikai kualiti dan cerita filem Kongsi terbitan MIG Productions ini, namun nyata ia tetap mendapat sambutan baik dan luar biasa. Pada hari pertama tayangannya pada 12 Mei lalu ia sudah mencatatkan hampir kutipan hampir RM1.1 juta dan tak pernah diraih mana-mana filem Melayu sebanyak itu dalam sejarah industri filem di negara ini. Anggaran kutipan filem itu sehingga Ahad lalu ialah sekitar RM7.6 juta. Produsernya, David Teo sendiri meletakkan sasaran kutipan RM10 juta bagi filem itu. Banyak faktor yang menyumbang kepada sambutan hebat filem itu. Contohnya. ia ditayangkan menerusi 100 pawagam iaitu jumlah pawagam terbanyak menayangkan filem tempatan. Tak dilupakan tunggak filem ini Shaheizy Sam yang juga Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 masih berbisa.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|