View: 228|Reply: 0
|
Dengarnya: Darling dapat anak pertama
[Copy link]
|
|
TAHNIAH Cik Normah ucapkan kepada pelakon Nasreen Ngasri atau Darling kerana selamat melahirkan anak pertama pada 21 Mei lalu. Beruntung Darling dan suaminya, Nur Azlin kerana dikurniakan bayi lelaki yang diberi nama cukup indah iaitu Nur Nashrullah.\rBayi itu dilahirkan di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur dan ketika dilahirkan, beratnya ialah 3.4 kilogram.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, Cik Normah belum lagi dapat menatap wajah buah hati pengarang jantung Darling kerana perkhabaran itu diterima oleh teman sepejabat menerusi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).\r\r\n\n\n\n\nCik Normah yakin Nashrullah pastinya menjadi hadiah ulang tahun perkahwinan yang paling berharga buat Darling dan suaminya kerana beberapa hari selepas bayi mereka dilahirkan, Darling dan Nur Azlin meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua, yang jatuh pada 30 Mei. \rCik Normah doakan dengan kehadiran cahaya mata pertama ini Darling dan Nur Azlin akan terus saling sayang- menyayangi. \rBeruntungnya Darling, muda-muda sudah bergelar ibu. Nampaknya makin bertambahlah bilangan cucu Ngasri Sain. Cik Normah ni, bertahun-tahun berkahwin, tapi sampai ke hari ni masih belum lagi berpeluang menimang cahaya mata. \rTengok orang mengendong anak ke sana-sini, sayu pula rasanya hati. Tapi Cik Normah tak mahu menyalahkan takdir, mungkin Yang Maha Berkuasa mempunyai perancangan lebih baik untuk Cik Normah serta suami.\r\n\n\n\n\rApa pun, sekali lagi Cik Normah ingin mengucapkan tahniah kepada Darling. Bila agaknya Darling nak mendedahkan cahaya matanya untuk tatapan peminat? Adakah Darling mahu menjadi seperti artis lain yang hanya bersedia untuk mendedahkan wajah anak selepas pantang?
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|