|
Rancak promosi album terbaru selepas sedekad hilangSIAPA mampu menyangkal kehebatan lagu Seksa, Di Sana Menanti Di sini Menunggu dan Kau Satu-Satunya yang popular sekitar tahun 90-an dan sehingga kini masih diminati pendengar yang membesar seiring bersama lagu-lagu ‘berhantu’ ini.\rMalahan, pendengar daripada generasi muda sekarang juga boleh mengingati bait lirik dan melodinya yang terus malar segar sedangkan Uk’s, iaitu kumpulan lagu itu sudah lama menyepikan diri.\rPada hal pada zaman kegemilangan, Uk’s adalah antara nama kumpulan yang begitu popular pada pertengahan tahun 90-an. Album mereka Bisa Berbisa pada 1995 pernah mencatat jualan hingga 400,000 unit. \r\rKini selepas lebih lebih sedekad mendiamkan diri, mereka cuba untuk muncul semula dengan alasan untuk mengubati rindu peminat. \r\n\n\n\n\n\rSemangat untuk kembali mewarnai dunia hiburan meluap-luap selepas muncul membuat persembahan dalam satu rancangan hiburan berjudul Rehat & Riadah yang disiarkan di saluran Astro 180: Muzik Aktif, tahun lepas.\rBertitik tolak daripada daripada rancangan itu, Uk’s yang masih kekal dengan tiga ahli lamanya iaitu Amy, 39 selaku pemain gitar utama, Denil, 38 (pemain gitar kedua) dan Amirul, 41 (dram) selain dua anggota iaitu Epy, 25 (vokal) dan Eddie, 31 (keyboard) tampil semula dengan album terkini berjudul Kembali Berbisa.\rMemang bukan mudah untuk menyesuaikan dengan persekitaran muzik semasa yang sudah banyak berubah. Pendengar dan peminat juga sudah mempunyai pelbagai pilihan muzik. \rBagaimanapun, itu tidak menjadi masalah besar kepada Uk’s untuk mengekalkan muzik balada dengan lirik cinta ‘berbunga-bunga’ kerana yakin corak lagu sedemikian masih ada pengikutnya. \r“Bukan tidak mahu melakukan perubahan atau menyuntik elemen baru, tetapi album ini dihasilkan untuk peminat yang akan membeli album ini, mendengar lagu-lagu kami dan yang selama ini memberikan sokongan yang berpanjangan. Uk’s umpama jenama yang mempunyai pengikutnya tersendiri,” kata Amy yang mewakili rakan-rakannya ketika ditemubual Hip di Balai Berita baru-baru. \rSasarkan jual 30,000 unit\rAlbum Uk’s: Kembali Berbisa sudah setahun dipasarkan dan ia diterbitkan serta diedarkan sepenuhnya oleh syarikat penerbitan milik Amy iaitu Uk’s Records Entertainment.\rNamun begitu, ramai tidak menyedari kemunculan Kembali Berbisa berikutan tiada publisiti meluas-luas.\r“Kami sengaja memasarkan album ini tahun lalu tanpa publisiti untuk melihat sendiri reaksi dan sambutannya. Kami tidak menyangka menerima maklum balas positif yang mana rata-rata peminat berpuas hati dengan lagu dalam album ini.\r“Sejak itu, penjualan album dilakukan sendiri dengan turun padang di tempat tumpuan orang ramai sekitar Kuala Lumpur, di setiap lokasi kami melakukan persembahan juga secara online. Penjualan sendiri album ini membantu kami mendekati peminat secara lebih dekat selain dapat mengelakkan cetak rompak.\r“Buat masa ini kami amat gembira jualan album Kembali Berbisa hampir mencecah 2,000 unit, satu angka yang cukup besar dan kami mensasarkan untuk mencapai jualan album sebanyak 30,000 unit melalui promosi yang giat dijalankan sekarang” kata Amy lagi.\rAlbum Kembali Berbisa memuatkan 12 lagu; enam lagu baru dan enam lagi lagu nostalgia yang pernah menaikkan nama Uk’s. Lagu baru itu ialah Lepaskanmu Kerana Terpaksa, Sesak, Hati Yang Terluka, Rythm Berbunyi Lagi, Lumrah Percintaan dan Aku Jatuh Cinta. \rLagu lama yang dinyanyikan semula dan dimuatkan dalam album ini ialah Kau Satu-Satunya, Kekasihku Di Menara, Seksa, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Kerana Pepatah Lukaku Berdarah dan Pahit Akan Manis Akhirnya. \r“Lagu Lumrah Percintaan dan Jatuh Cinta dinyanyikan saya sendiri berduet dengan Norliana Samsudin atau Yana,” katanya. \rBagi peminat UK’s yang ingin mendapatkan album terbaru mereka boleh layari laman Facebook di bawah carian Uk’s Records Entertainment atau layari laman web uksrecords.blogspot.com untuk pembelian album.\rPeranan Epy sebagai vokalis baru Uk’s mungkin tetap akan dibandingkan dengan penyanyi asal kumpulan itu, Amir yang kini bergerak secara solo. Apatah lagi nama Amir dan Uk’s sudah sebati dan dianggap menjadi tunjang kepada populariti kumpulan ini. \r“Tidak dinafikan ada juga yang berasa cemburu apabila saya dipilih menjadi vokalis terbaru Uk’s. Ada yang meragui kemampuan saya. Tapi saya tidak kisah kalau ada membandingkan suara saya dengan Amir,” katan Epy atau nama sebenarnya Mohd Jeffri Sidek. \rAmy pula menjelaskan bakat Epy dicungkil menerusi pertandingan mencari vokalis Uk’s yang diadakan di Pudu Ulu, Kuala Lumpur. Daripada pertandingan itu, Epy dirasakan layak mengambil tempat Amir selaku vokalis Uk’s kerana memilik suara yang bagus. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|