View: 62|Reply: 0
|
KL mahu elak terus berada dalam zon berbahaya
[Copy link]
|
|
KUALA Lumpur yang kini menghuni tangga ke-11 Liga Super tidak mahu terus-menerus berada dalam zon berbahaya itu dan menetapkan sasaran menewaskan Sabah di laman lawan, Isnin depan.\rItu disuarakan pengurus pasukannya, Nokman Mustaffa yang yakin pasukan skuad warga kota itu mampu mencetus kemenangan pada baki tiga perlawanan liga biarpun prestasi anak didik Razip Ismail tampak kurang konsisten sejak kebelakangan ini.\r\n\n\n\n\r “Kami berada dalam kedudukan yang berbahaya tetapi saya berkeyakinan masih ada sinar buat Kuala Lumpur untuk keluar daripada situasi ini. \r\r\n\n\n\n\n “Kalau kami dapat menewaskan Sabah dan berada di atas Negeri Sembilan yang hanya berbeza dua mata kini, saya yakin kami akan berada dalam kedudukan lebih selesa,” katanya ketika dihubungi, semalam.\rBegitupun, dia yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), mengharapkan pemain supaya tidak mudah mengalah bagi memastikan pasukan terus berada dalam saingan Liga Super musim depan.\rKuala Lumpur yang mencatat lima kemenangan dalam 23 perlawanan, dijadualkan bertemu Sabah sebelum beraksi di laman sendiri bertemu Harimau Muda A (1 Julai) dan mengakhiri Liga Super dengan kunjungan ke Kuala Terengganu bertemu T-Team, 6 Julai depan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|