CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65|Reply: 0

Melaka beri insentif wang tunai

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Atlit SUKMA raih emas terima RM3,000, berpasukan terima RM5,000KERAJAAN Melaka akan memberikan insentif berupa wang tunai kepada semua atlit negeri itu yang memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur, bermula Khamis hingga 12 Jun ini.\rAtlit individu yang memenangi pingat emas, bakal menerima ganjaran RM3,000, manakala perak dan gangsa masing-masing RM2,000 dan RM1,000 sementara atlit berpasukan menerima habuan RM5,000 tapi hanya untuk kilauan emas.\r\n\n\n\n\r   Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada majlis penyerahan bendera kontinjen negeri kepada chef-de-mission Melaka, Datuk Ab Rahaman Ab Karim di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.\r\r\n\n\n\n\n   “Kerajaan negeri menaruh harapan tinggi kepada semua atlit yang mewakili Melaka pada temasya SUKMA kali ini. Justeru, kita berharap menerusi insentif ini, setiap atlit dapat meningkatkan prestasi untuk meraih pingat nanti,” katanya. \rHadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, Ong Tai Chu.   \rPada temasya SUKMA Kuala Lumpur ini, kontinjen Melaka diwakili seramai 301 atlit termasuk 72 pegawai dan jurulatih dengan sasaran lapan emas, dua perak dan 17 gangsa.\rMohd Ali berkata, kerajaan negeri tidak mensasarkan pungutan pingat yang tinggi seperti SUKMA Melaka XIII ketika menjadi tuan rumah tahun lalu kerana tidak mahu memberi tekanan kepada atlit dan jurulatih.\r“Apa yang penting adalah semangat kesukanan tinggi dalam mengharumkan nama negeri, di samping mengelak daripada terjebak dalam sebarang masalah disiplin di kalangan atlit,”  katanya sambil menyerahkan wang pendahuluan RM50,000 kepada Tai Chu sebagai elaun atlit bertanding.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045105 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list