|
BIARPUN belum mencecah ketinggian satu meter, Muhammad Amirul Muqriz Amaruddin menyimpan cita-cita besar untuk mengikut jejak langkah idolanya, Wayne Rooney apabila meningkat dewasa nanti.\rSi cilik berusia lapan tahun yang meminati penyerang Manchester United itu kini berada pada landasan terbaik merealisasikan potensinya apabila dipilih bersama-sama Mohamad Hafizi, 13, dan Selvaraji Ganesan, 16, sebagai penerima Biasiswa Program Remaja RSC ECM Libra khusus bagi kanak-kanak yang memerlukan bantuan.\r\n\n\n\n\r Bapa Muhammad Amirul, Amaruddin Ahmad, yang hadir pada majlis penyampaian biasiswa di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara itu semalam, mendedahkan minat anaknya dalam sukan bola sepak berputik sejak kecil.\r\r\n\n\n\n\n “Anak saya minat sejak kecil. Kalau menonton televisyen, mesti memilih rancangan bola sepak saja,” katanya yang bekerja sebagai penghantar surat di sebuah bank.\r“Disebabkan saya mewakili bank dalam bola sepak, saya mahukan anak juga berkecimpung dalam sukan ini. Saya melihat dia boleh pergi jauh, tambahan pula bola sepak kini menawarkan kerjaya yang lebih terjamin,” katanya.\rBiasiswa Program Bola Sepak Remaja RSC ECM Libra mengenal pasti 10 penerima antara enam hingga 18 tahun yang kurang bernasib baik untuk berlatih dalam program pembangunan bola sepak remaja RSC. \rSejumlah RM50,000 diperuntukkan ECM Libra bagi program ini dalam tempoh tiga tahun.\r\n\n\n\n\rPihak yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak berpotensi besar dalam bola sepak tetapi berdepan masalah kewangan, boleh hubungi pejabat sukan RSC di talian 0320932277 atau e-mail [email protected].\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|