CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48|Reply: 0

300 atlit mula berkampung

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SERAMAI 300 atlit sudah mula memasuki perkampungan sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi semalam yang dipilih sebagai perkampungan sukan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan membuka tirainya esok hingga 12 Jun ini.\rAntara atlit yang mula mendaftar masuk ialah kontinjen Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Sarawak.\r\n\n\n\n\r   Pengarah Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ab Jalil Abdullah berkata, semua atlit yang bertanding tiba secara berperingkat selepas dibenarkan masuk ke perkampungan sukan dua hari sebelum acara bermula.\r\r\n\n\n\n\n   “Sehingga hari ini (semalam), semua persiapan siap 100 peratus dan kini hanya menanti ketibaan atlit,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA Kuala Lumpur 2011.\rAbd Jalil berkata, Kolej Pendeta Za’ba yang boleh memuatkan 3,700 penghuni sudah bersedia menerima 3,336 atlit dan 1,456 pegawai yang menyertai temasya kali ini. \rPeserta acara futsal dan bola tampar pantai bagaimanapun menginap di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam kerana venue acara masing-masing terletak di Shah Alam.\rPada hari pertama SUKMA esok, polo air, judo, silambam dan tenis akan membuka tirai saingan masing-masing.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.374655 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list