|
Peluang dua bintang itu melangkah ke final Terbuka Perancis 50-50PARIS: Roger Federer yakin tekanan lebih dirasai Novak Djokovic apabila kedua-duanya bertemu pada separuh akhir Terbuka Perancis, Jumaat ini.\rKemenangan buat pilihan kedua Djokovic, akan menyaksikannya menggantikan Rafael Nadal sebagai pemain nombor satu dunia sambil menyamai rekod John McEnroe pada 1984 iaitu 42 perlawanan tanpa kalah sejak awal musim.\r\n\n\n\n\r Dengan peluang dilihat 50-50, Federer berkata, dia menanti detik perlawanan dalam suasana lebih tenang berbanding lawannya.\r\r\n\n\n\n\n “Tidak banyak tekanan buat saya berbanding dia,” kata Federer, juara 2009.\r“Dia sedang menempuh pelbagai perkara. Saya gembira layak ke separuh akhir Grand Slam kerana sudah lama tidak mencapainya sejak beberapa Grand Slam, tetapi tiada yang utama bagi saya, selagi terus bermain baik.”\rPertentangan semakin memuncak antara Nadal dan Djokovic, yang menewaskan pemain Sepanyol itu dalam tiga final kejuaraan Masters tahun ini.\rPemain handalan Switzerland itu tidak diletakkan sebagai pilihan utama di Roland Garros buat kali pertama sejak Wimbledon 2003, yang mana dia juga tanpa sebarang kejuaraan utama sejak Terbuka Australia 2010.\r\n\n\n\n\rNamun di sebalik reputasi yang merosot, juara 16 kali Grand Slam berusia 29 tahun itu berkata, dia tidak terdesak untuk menghalang Djokovic daripada cuba merampas kedudukan nombor satu.\r“Secara jujur, ia bukan kuasa pendorong bagi perlawanan itu,” katanya selepas menewaskan pilihan kesembilan dari Perancis, Gael Monfils 6-4, 6-3, 7-6 (7/3) di suku akhir.\r“Bagi saya, rancangan selepas ini ialah mara selangkah lagi dan layak ke final Terbuka Perancis. Itu gambaran lebih besar dan itu sebab saya menyertai kejohanan ini.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|