View: 153|Reply: 0
|
Peluang Kelantan, Terengganu seimbang
[Copy link]
|
|
STATUS sebagai pendahulu Liga Super tidak memberi sebarang tekanan kepada pemain Kelantan, malah ia memberi semangat luar biasa untuk meneruskan kecemerlangan termasuk menewaskan Terengganu di gelanggang lawan, Isnin ini.\rPemain tengah Kelantan, Danial Fadzley Abdullah, berkata pemain sedar hanya kemenangan ke atas Terengganu akan menjarakkan mata dan mencerahkan peluang Red Warriors merangkul kejuaraan Liga Super buat kali pertama tahun ini.\r\n\n\n\n\r “Apapun, kami perlu fokus kepada persiapan,” katanya ketika ditemui, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Pemain 32 tahun kelahiran Pendang, Kedah itu turut melahirkan rasa puas dapat menyarung jersi Kelantan musim ini yang dianggap antara pasukan terkuat dan mampu menjulang kejuaraan Liga Super dan Piala FA.\rNamun Danial yang pernah beraksi di pentas final Piala FA bersama Perlis pada 2003 dan Piala Malaysia dengan Kedah pada 2004, mengakui rasa gementar tetap wujud dalam dirinya setiap kali perlawanan.\rBapa kepada tiga anak itu berharap momentum cemerlang Kelantan kekal sekalipun kini berstatus pendahulu liga dan finalis Piala FA dan dia sendiri bertekad memberikan aksi terbaik andai diturunkan jurulatih Datuk M Karathu.\rKelantan sekadar seri 1-1 dengan Terengganu di Kota Bharu pada perlawanan pusingan pertama tetapi katanya, itu tidak boleh dijadikan ukuran menilai kekuatan kedua-dua pasukan.\r\n\n\n\n\r“Bagi saya, Kelantan dan Terengganu seimbang kerana masing-masing berkongsi 47 mata walaupun hanya dibezakan jaringan. Jadi, kami perlu fokus untuk memastikan kemenangan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|