|
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menegaskan tiada halangan andai jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei mahu menagih khidmat bekas mentornya, Datuk Misbun Sidek bagi membantu persiapannya ke kejohanan dunia, Ogos depan.\rPengurus Besar BAM, Kenny Goh, berkata pihaknya menyerahkan kepada Chong Wei sendiri kerana percaya pemain nombor satu dunia itu tahu apa yang diperlukan untuk memastikan sasaran dan impiannya untuk menjulang mahkota berprestij itu tercapai.\r\n\n\n\n\r “Lagipun, kami percaya hubungan kedua-duanya (Misbun dan Chong Wei) ibarat irama dan lagu, tidak boleh dipisahkan dan yakin Misbun mempunyai pandangannya sendiri untuk memantapkan permainan Chong Wei walaupun berada di luar gelanggang,” katanya semalam.\r\r\n\n\n\n\n Kelmarin, Chong Wei berharap dapat bertemu bekas jurulatihnya itu sebelum ke Wembley untuk berbincang mengenai corak permainannya, sekali gus mendapat panduan berguna untuk memburu kejuaraan yang belum pernah dimenangi.\rHubungan hampir sedekad Misbun-Chong Wei berakhir selepas bekas jurulatihnya itu meletak jawatan secara mengejut hujung tahun lalu, tetapi menarik balik keputusan sebelum menolak tawaran BAM selaku jurulatih skuad pelapis.\rSementara itu, Kenny berkata, skuad badminton negara terpaksa menjalani latihan di gelanggang lain selepas Stadium Juara digunakan untuk kejohanan bola jaring dan Sukan Malaysia (SUKMA) XIV.\r“Kita harap pemain bersabar kerana selepas berakhir SUKMA, mereka boleh kembali ke Stadium Juara. Lagipun, BAM terikat dengan perjanjian Stadium Juara digunakan pihak lain sebanyak dua kali setahun,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|